Sunday, September 24, 2006

» Selamat Menyambut Ramadhan «

Di kesempatan ini jugak.. saya ingin mengucapkan selamat menyambut ramadhan dan selamat berpuasa kepada keluarga tercinta, pembaca budiman, teman dan sahabat handai sekalian.. semoga ramadhan ini, membawa seribu kenikmataan dan rahmat ke atas kehidupan kita..



Semoga hikmahNya sentiasa menerangi kita..

» Pesta Sukan Aqrel «

Macam pelik jerk dengar perkataan PESTA tuh hehe.. tapi itu lah dia.. dalam tengah panas terik hari sabtu itu, best jugak tengok budak2 dok happy2 nih.. memang ler last minit betul sekolah Aqrel buat sukan depa nih.. di buatnya kalau sabtu hari nih dah start puasa, lumayan jugak tuh..

Hari nih tak der citer menarik arr.. just nak selitkan a few kenangan Aqrel di sini..


Aqrel dalam rumah biru.. hehe.. terkenang zaman aku sekolah dulu-dulu.. memang borong 5 tahun berturut-turut aku dok rumah biru hehe..


Biru.. best!!.. biru.. best..!!


Nih Aqrel ikut lumba lari dalam guni acara berkumpulan.. guni pulak tukar ngan kain pelikat.. lucu jerk.. laju gak Aqrel lari.. tak sempat aku nak ikut dia lari tuh.. jadi, gambar terambil takat hujung jerk hehe..


Nih acara gelung bola berpasukan gak.. Aqrel n team dapat no.1 yang nih..


Aqrel n the geng..

Sunday, September 17, 2006

» Masih Ada Yang Sayang @ Terpinggir ? «

KSB hari nih memanglah meletihkan namun menyeronokan walaupun adakalanya menyedihkan jugak.. tidak ketinggalan kesayuan hati nurani aku turut bertandang oleh beberapa insiden.. Aku dok incharge bahagian pendaftaran pelawat.. panas memang panas.. tapi tak der hal ler.. aku tak tergamak nak amik gambar.. lagipun, demi menghormati hak asasi privasi awam, keinginan aku untuk mengambil gambar terpaksa aku pendamkan.. tapi tak der hal ler..


PPP1: Puan, family saya ada datang tak?
Aku: No?
PPP1: Bla bla bla (terpaksa dirahasiakan)
Aku: Macam ada.. kejap saya check..
PPP1: Saya rasa tak der ler tu puan.. dah 2 kali nih, sekali pun tak der yang datang.. sorang pun dak der yang sudi datang.. kalau ada, mesti saya tau.. (arghh.. dah tau kenapa tanya pulak?)


Aku lihat mata itu berkaca-kaca.. Aku dah start rasa tak sedap hati.. baru aku nak bukak ayat untuk mententeramkan ppp itu, dia dah mintak diri untuk berlalu.. semasa memberi command kepada yang lain untuk lapor diri, aku dengar suara ppp itu tak bersemangat macam selalu.. ah.. nasib ko ler yer.. tak dapek den nak nolong..


Family PPP2: Assalamualikum puan.. puan ker K adik saya? (mungkin setelah melihat name tag aku)
Aku: Adik puan no?
Family PPP2: bla bla bla (dirahaisakan jugak)
Aku: Ya saya..
Family PPP2: Terimakasih banyak puan kerana mengambil berat.. kalau puan tak bagi tau hari tuh, sampai sekarang kami tak tau di ada di sini.. last 2 weeks kami pi tempat lama dia, mereka kata dia dah pindah tapi tak tau pindah ke mana.. menangis mak saya puan..
Aku: Tak per kak.. dah memang kerja saya.. selamat datang dan sila mengambil tempat sebelum semua PPP dapat keluar.. kalau ada apa2, sila lah hubungi saya.. saya rasa, adik akak dah tak lama lagi boleh bebas dah.. (lagi sekali aku sembarangan pangil orang dengan gelaran akak.. har har har.. aku memang selalu perasan muda.. tak semenggah langsung ekekeke)
Family PPP2: Ye ker puan? syukur alhamdullilah..


Memang banyak lagi kitrang bercerita ceriti seputar kisah PPP2 tuh.. bagus gak family nih ek.. penuh kasih sayang.. aku suka.. suka sanggat.. mereka datang mcm rombongan minang kata kak J.. satu bas datang ahahaha.. tapi yang syahdunya.. lelaki2 yang macho itu, turut sama mengalirkan airmata bila berjumpa dan berpelukan dengan PPP2 itu bila masa lawatan dibuka.. ah.. aku sayu sehhhhh!!

Oh yea.. citer pasal panggilan akak tuh dan aku sentiasa perasan muda bila semua office mate yang baru2 itu termasuk aku berkumpul.. kitrang citer pasal umur.. wakakak.. mana aku tau kalau aku antara yang tertua kat situk.. dah.. semua orang pangie aku nama.. aku pangei dorang akak dorang pun ok jerk.. memang ler fizikal mereka nampak lebih matang dari aku.. dan kitarang sama2 terkejut bila reveal umur masing2.. wakakakak.. wey korang, aku tak makan jamu.. aku mcm nih ler.. sentiasa happy giler2 dan senyum sokmo.. cuma, mcm rimau time aku hangin jerk.. ekekeke..


Family PPP3: Dah buka waktu lawatan ker puan? saya tak terlambat ker?
Aku: Belum lagi makcik.. datang lawat anak ker?
Family PPP3: Tak.. datang lawat suami.. (selow jerk suara dia.. tak per ler makcik.. saya tak pandang hina pun suami makcik yang dok kat dalam tuh.. manusia mana yang tak melakukan kesilapan?)
Aku: Kad kuning ada makcik?.. mintak IC sekali yer.. (bila dapat ic makcik tuh.. sekali lagi aku terkejut giler.. walaaaaa.. apa ler mulut aku nih celupar sanggat nak pangei orang dengan gelaran2 akak ler.. makcik ler.. boleh pulun sekali PUAN kan ker tak kalut?.. 'makcik' tuh umur dia 9 tahun lebih muda dari akuk!! wakakaka.. tapi kan, makcik tuh tak sound apa2 pun.. seb baik aku kali nih ekekeke..


Banyak lagik arr.. jenuh aku nak citer.. masa makan tuh, aku kenyang memerhati sekeliling.. ada yang bawak bayi yang masih merah.. duduk bawah pokok ala2 piknik dan si ayah cuba mengendong bayi mereka.. mungkin di tinggalkan semasa isteri sarat mengandung kerena si suami kelihatan masih dengan uniform freshie.. ah.. semak fikiran aku memikiran masalah orang..

Walaubagimana pun.. syukurlah korang masih ada yang sayang.. isteri masing2 masih mau menunggu kepulangan korang dengan harapan korang akan insaf dan berubah.. dan kepada yang tidak mempunyai pelawat itu, bersabarlah.. family mu jugak mempunyai kehidupan lain di luar sana.. mungkin ada halangan2 tertentu yang tidak boleh di elakkan.. jangan rasa terpinggir kerana walaubagaimanapun.. tentu masih ada yang sayang kat korang..

Demi korang, kami tak cuti raya nih.. kena kerja juga yea sabtu dan ahad.. tapi tak per.. sesama insan tho' kita masih ada tanggungjawap kemasyarakatan selain tanggungjawap kerja.. aku ikhlas kok.. Kita jumpa lagi pada KSB raya nih..

Saturday, September 16, 2006

» LOST around the corner «




Yezzzzeerrrrrrrrr.. Lost season3 dah nak start.. maka, kembali ler addiction aku pada episod ini.. maka, jadik ler aku pengdownload yang setia menunggu setiap episod keudara di negara itewwww.. akan kembali aktif ler aku berforum di forum lost mencari dan berdiskusi mengenai spoiler2 yang selalunya mendebarkan dan macam2 ada hik hik..

Banyak promo season3 di youtube.. tapi, aku amik yang nih aja ah.. this one S03E01 nih.. hehe.. tak sabaaa naaa aku nunggu..

Still miss all the losties a lot..



I hope LOST will make my day.. again..

» Kerastangan «

"Apahal office kO nih tiada bunga?"

Tu dia.. pertanyaan dari sorang rakan kerja yang membuat aku senggih saja..

Bunga?.. Buuuuunnngaaaa.. teringat pula iklan ntah hapa masa first time rasanya AkO Mustafa menjadi mOdel iklan.. hehehe.. dan.. aku memang jarang sukakan bunga, apalagi bunga plastik! jadi, jangan heran kalau aku tak reti nak mengubah bunga!!

Ya ya ya.. aku memang jarang sukakan bunga, pun begitu, ada juga bunga2an yang aku suka.. dan walaupun nama aku dalam blOg aku nih seOlah nama bunga, itu secara tidak sengaja cOz "Anggeriq" memang merupakan 80% dari nama sebenar aku.. dan itulah nama panggilan dari lebih 80% dari 93 orang staff di sini

Last week, masa pi Kampung Baru (sesi lawatan rasmi jalan-jalan carik pasal tiap minggu) setelah kalah ngan airmata Aqrel, aku pi lah satu kedai menjual barang mainan nih.. kat tepi tuh ada jual rangkaian bunga2an.. entah napa aku tertarik ngan kaler bunga nih.. bila aku belek2, rega dia rm2 setangkai.. murah giler.. tapi aku frust cOz tak der yang dah siap digubah gituk.. sO, aku memberanikan diri membeli untuk aku gubah sendiri.. aku beli 2 tangkai jerk.. jadiklah rm4 untuk 2 tangkai bunga itu yang mengandungi beberapa kuntum bunga plastik..

Balik rumah, aku carik pasu aku yang kat stOre tuh.. dah berdebu dan hancur dah bunga dalam pasu aku yang satu itu hehe.. since pindah dulu tuh, aku tak kOsek pun bunga tuh cOz dah remuk masuk dalam bOx masa packing agaknya..

Maka, bermulalah satu sesi kerastangan aku har har har..



Inilah dianya hasil dari kerastangan aku yang mengatur bunga berharga rm4 itu tapi tak pandai nak nampak cantik apa hal! hehe.. pedulik apa aku! inilah bunga yang akan aku letak kat office aku nanti.. dan ini memang membuktikan aku memang tak reti nak gubah bunga!


Yang penting, next week, office aku dah ada bunga walaupun bunga itu, tak der ler secantik mana

Wednesday, September 13, 2006

» Serabut ! «

Serabut betul dua tiga hari ni.. macam2 program datang bertindih-tindih.. tuh pun nasib baik rombongan KKDN dari brunei tuh tunda lawatan.. duhh!! nak lunch pun tak sempat! mana nak clearkan kes2 yang dipeggang oleh mereka2 yang pi kursus tuh.. waduh waduhh!! gawattt sehhh!!

Esok lak ada LDK.. lusa ada explorace.. jumaat pulak another MI.. ahad lak ada KSB.. huwaaaaaaaa.. !!



Tengok jerk ler.. meja aku.. serabut mcm aku dah gak.. bisak berasap laptop gue.. harapkan PC nak datang, entah biler ler gamoknya.. yang sedia ada pulak, tak sudi dah aku mandang.. hahaha.. campak kat store jerk jawapnya..

Iskkk.. serabut pun, sempat lagik memblogging..

dan,

psttt.. I miss Yoshie so much!

Friday, September 08, 2006

» Eh.. Boss Marah Ker? «

Ahakss!!

Aku rasa, boss nyindir aku jerk tadi masa meeting.. coz dalam sebulan nih, aku dah tolak 3 kali kursus yang ditawarkan.. ahahaha..
saya tak larat ler boss.. bukan tak larat nak pi.. tapi tak larat nak tinggalkan hb tersayang saya tuh.. dah ler, boss pun kasik saya pi kursus jauh2 wat per?.. dah ler jauh2.. lama2 plak tuh.. kalau sehari dua tak kesah ler boss.. tapi kalau lebih 3 hari dan sampai satu minggu tuh.. leh masuk air suami saya boss..
Itu adalah antara ayat yang ingin jerk aku katakan kat meeting tadi hehehe.. tapi entah napa.. tak terkeluar pun dari mulut aku.. and for sure, kalau keluar gak dari mulut aku, maka, for the next time kalau ada kursus yang jauh2 mcm kat Penang misalnya tuh.. aku confirm, nama aku top on the list.. har har har

Boss..,

Boss marah ker?

» Kegembiraan Itu, Mengundang Kesyahduanku.. «

Aku pun tak tau kenapa kes yang satu ini menarik perhatian aku.. actually, bukan kes aku pun, tapi kes Muni yang ditinggalkan oleh senior yang berpindah.. dan memandangkan Muni sibuk ngan kursus, maka, aku mengambil alih mana2 kes yang perlu di ambil tindakan segera..

Dia memohon untuk kebenaran keluar kerana ingin melihat anaknya yang akan menjalani pembedahan pada satu tarikh pada bulan september ini.. sedangkan, mengikut perintah mahkamah dan hukumannya belum habis tempoh pada masa itu.. cuma, tarikh nya berdekatan sahaja..

Aku cuba memohon untuk pembebasan awal untuk kes yang sorang nih.. Memula, ketua unit tidak berani untuk memberi pembebasan itu dan berjanji akan memberi peluang melawat anaknya di hospital itu dengan syarat perlu ada escort dari polis..

Aku tak pernah berjumpa muka dengan isteri Dia ini.. malam semalam aku cuba call isteri beliau dan bertanyakan berkenaan detail kebenaran pembedahan anak mereka.. entah kenapa, aku mendengar semacam satu harapan dari perempuan itu bahawa dia memerlukan suaminya di situ tika itu.. apa bila si isteri bertanyakan kepastian aku adakah suaminya boleh bebas menjelang hari raya aidilfitri, aku pulak yang terharu sakan.. dan seharian aku melihat fail kes ini.. aku kagum dengan isteri Dia ini.. rajin melawat suami yang terkurung.. tak pernah lari dari rutin selama setahun lebih.. si isteri hanya berkerja sebagai sales promoter di sebuah shopping center dan berkerja untuk menyara 2 orang anak mereka yang sakit.. dan yang aku dengar2.. si isteri ini, nice looking jugak orangnya.. ahhh.. begitu tabahnya dia..

Aku cuba bawak fail ke boss tertinggi.. memberi penerangan dengan harapan boss ku yang seorang ini akan menghulurkan simpati nya jugak kerana aku memang tau dari awal lagi boss ku yang seorang ini walaupun kepala gila2 sikit tapi seorang yang amat mengambil berat hal ehwal kebajikan keluarga.. aku pulak yang terlebih happy bila permohonan itu di luluskan.. bila aku balik dari makan tengahari, aku ternampak Dia ini sedang melakukan tugas2 pembersihan khemah selepas acara pagi tadi.. aku terus memanggilnya untuk memaklumkan berita itu.. aku nampak wajah yang berseri-seri itu.. tapi pada aku itu dah biasalah.. orang dah boleh bebas memang ler macam itu reaksinya..

Petang tadi, aku terima sms dari si isteri bertanyakan permohonan kebenaran suaminya untuk melawat anaknya.. aku terus menghubungi si isteri dan memberitahu akan kebenaran itu.. aku terlupa untuk mengatakan bahawa permohonan suaminya untuk mintak bebas awal diperkenankan.. (semua orang tahu, perkara itu agak mustahil).. dan si isteri mengucapkan berbanyak terimakasih pada ku.. ah.. kau terlalu lurus wahai perempuan.. terlalu tabah mencintai suamimu itu..

Hingga si isteri bertanya hingga pukul berapakah suaminya dibenarkan melawat, aku terus teringat yang aku belum lagi memberi penerangan yang lengkap kerana aku pun dah bergegas untuk berkemas kerana masa tuh jam dah menunjukkan pukul 6.10pm.. time untuk aku pulang.. dan bila aku mengatakan bahawa suaminya terus bebas dan masa itu bukan masa lawatan lagi, aku mendengar talian sunyi seketika.. bila si isteri mintak kepastian, aku mengulangi lagi bahawa suaminya dibenarkan bebas awal atas ihsan ketua pusat.. aku mendengar sorakan yang biasa aku dengar kat radio hot fm bila mana ada pemanggil menang wang besar dalam mana2 peraduan.. begitu luhur suara itu berlonjak dengan gembira sesambil bertanya adakah ianya benar.. bila aku memberi confirmation lagi, dia seolah menjerit kegembiraan sambil kedengaran dia bersyukur di talian sana.. ah.. perempuan ini.. betul2 membuat aku syahdu..

Semoga kehidupan kalian diberkati hingga akhir nanti.. semoga anak kalian akan dipelihara oleh NYA dari segala macam kejadian yang tidak diingini.. wahai sang suami.. taubatlah sementara masih ada insan yang betul2 menyayangi mu.. berubahlah demi keluarga mu tercinta..

Semoga kita sama-sama bergembira dalam kehidupan yang sementara ini..

Saturday, September 02, 2006

» Hanya Sekeping Nota «







nota ini tiada kena mengena dengan sesiapa.. baik yang masih hidup, mau pun yang dan mati.. hehe.. kan dah kata, hanya sekeping nota biasa..