Friday, October 27, 2006

» Keboringan Melampau «

Arghh.. sedang rakan2 lain enak2 beraya.. aku n Muni kena keje pulak semalam dan hari nih.. seb baik Haji sudi ganti aku duty masa raya ke 2 hari tuh.. kalau idak, tak der maknanyaaaa raya.. hehehe.. mcm budak2 jerk.. memang ler rasa macam best jer coz pejabat sunyi sepi.. tapi rasa boring, tuhan jer yang tau.. memang tak der mood nak buat keje.. semalam, aku tengok jer drama air mata hehehe.. kalau yang wife2 nangis tuh, aku tak heran sanggat.. tapi kena ngan pakcik2 tua yang menangis tua sambil bunyi merintih tuh, aaahhhh.. memang aku paling ke belakang jer coz tak sanggup nak tengok kesedihan di wajah2 tua mereka..

Polis2 cute plak, asyik ngacooo jerk aku kat walkie talkie.. aku lambat jawap sket, dah kata aku tengah makan tak mo bagi2 har har har.. makan ler.. makan hati!! nak ker?

Dan hari ini.. lagi sekali aku tak der mood nak keje.. pagi tadi aku datang lewat.. ekekeke.. alahai.. mcm tak amanah pun ada gak aku nih.. rasa bersalah pulak tuh.. pas tuh, entah napa, aku tak der mood langsung nak bukak fail2 nih.. maka, seharian ini.. aku dok surfing internet jer ler mencari bahan cerita best yang tak ku temui.. ceh!!

Alamak.. di luar mcm nak hujan lagi.. jangan jalan jem lagi udah ler.. aku nak balik umah dengan releksnya hari nih.. so, nanti aku sambung sembang pasal raya ler pulak.. aku nak kemas2 dan nak balik dah hehe..

AdiOsss..

Friday, October 20, 2006

» Selamat Hari Raya «

Aku dalam misi balik kampung.. walaupun tak dapat cuti, yo yo oo gak nak balik kampung hehehe..

Kepada yang mengenali, rakan2, bloggers dan yang tidak dikenali jugak.. aku ingin mengucapkan.. selamat menyambut hari raya.. semoga raya kali ini membawa seribu erti dalam diary kehidupan kita..


Nanti cerita lagi..

Maaf zahir dan batin..

Sunday, October 08, 2006

» Jerebu & Aku «

Jerebu datang lagi.. teringat kejadian 9 tahun lalu walaupun jerebu di Malaysia nih kerap sanggatlah jugak.. 9 tahun dulu, semasa aku mengandungkan Atiqah dan usia kandungan aku masa baru 8 bulan lebih, dan kerana jerebu yang lebih kurang sekarang nih, aku terpaksa di masukkan hospital untuk berehat dari serangan athma aku tuh.. dan kerana itu jugaklah jadual melahirkan aku dipercepatkan.. adehh..


Tengok jer ler gambar di atas nih, mau seram gue menengoknya..

Ni tak der citer lain lah nak citer nih, so, citer jerebu jerk ler.. ahakss!!

Monday, October 02, 2006

» Happy Birthday Sayangku Atiqah «

Hari ini genap 9 tahun aku memilikinya.. 9 tahun dulu, dia seorang bayi kecil yang comel berada didakapan ku setelah berhempas pulas aku di bilik pembedahan selama hampir 2 jam.. syukur kepada Allah kerana lahirmu sempurna sifat.. kau kini mula menginjak dewasa bersama seribu harapan dariku agar kau kelak menjadi insan yang berguna..

Sayangku Atiqah, Umi ucapkan..



Semoga dirimu membesar menjadi insan yang berguna pada bangsa dan negara..

"UMI SAYANG AKAK"