Tuesday, June 20, 2006

» Birthday Boy & Mandi «

17th June hari tuh, birthday othman, anak kak ana, merangkap anak sedara aku.. kak ana mcm biasa, buat bbq.. dan mcm biasa gak, kat situ ler aku belajar makan lamb chop tuh.. ehehe.. aku dah bukan tahap menjamu selera lagi dah.. tapi tahap melantak pun ada nak wat mcm mana.. kena ngan selera aku.. wat bodo jerk..


Nih antara yang ada.. tuh.. kitarang buat kita2 jer.. tak ramai bebudak.. tapi meriah gak.. mak2 dan bapak2 budak, tompang makan ler besh ekeke.. happy birthday's toman.. acik datang lenggang kangkung jer.. ntah ler.. blur jer masa tuh.. mak engko pun, tak kasik info detail.. sapa suruh hoho


haaa nih achik amik gambo kelam kabut jerk.. ntah ler mana satu sceene tiup lilin tuh, achik pun tak taww.. haaa.. achik sibuk kejar masa taw.. malam tuh, achik ada majlis hijau gitewww.. oh yea.. tahniah gak coz naik kelas yang lebih werl


nih aqrel dengan konfidennya meratah sayap ayam yang telah bersusah payah dipanggang oleh pakcik c henna.. tapi, mmg sedap

Lepas jer acara makan2.. bebudak terusss jerk masuk kolam ehehe.. memula, nampak mcm aman jer.. tetambah atiqah n aqrel mmg dah lama nak mandi kolam.. apa lagi, dorang ler yang lebeh2 suka.. terutama aqrel.. memujuk nak mandi bukan main lagi..


bila aqrel dapat green light untuk mandi.. terus ler..


suasana masih aman damai hehe..


bila semua dah serbu, aku rasa, dalam satu taman tuh, suara dorang jerk yang didengar..

Bila dah syok mandi tuh, apa lagi, bebudak pun dah tak nak balik dah.. aku dah ler kejar masa tok event malam tuh pulak.. gerenti lambat ler aku nak bekejar.. sampai hilang akal aku dibuatnya mcm mana nak mujuk dorang balik tuh.. fuh.. seb baik kak reza balik putrajaya gak.. so, bebudak tompang ngan dia jerk ler balik lewat sikit.. Yess! selamat aku

Sunday, June 18, 2006

» Suka-Suka «

Aku tak suka bila ko tanya apa yang aku suka tapi ko tak suka dengan apa yang aku suka!.. Kalau ko dah suka, ikut suka ko jer lah nak buat apa.. itu ko punya suka lah!.. Apa yang ko suka tuh, aku tak der hal nak suka.. janji ko suka!.. aku tumpang suka jer..

Nih, suka2 ko jer nak tanya aku apa yang aku suka.. tapi bila aku dah kasi tau, suka2 ko jer tak dengar dan ubah benda tuh pada apa yang ko suka! walaupun ko tau aku tak suka mcm tuh, tapi, ko tetap suka jugak nak buat mcm tuh!.. why?.. suka betul buat aku pening..

Len kali, buat lah apa aja ko suka.. tak yah tanya apa yang aku suka pulak.. nanti, ada jer yang majok.. susah lagi.. tiada siapa yang suka antara kita berkecik hati.. mcm tadi tuh.. kan ko dah kecik hati.. aku tau ko tak suka kalau aku cakap mcm tuh.. tapi, aku kena cakap jugak apa yang aku suka tuh walaupun ko tak suka.. jadi, jangan ler majok eh.. hehe.. ko memang cute kalau majok.. wakakaka.. aku suka

Monday, June 12, 2006

► Maid Indon. A Never Ending Story ◄

Malam sabtu lepas, Yosie ajak aku pi KL sesambil bawak Amit n Michael jalan2 cari pasal.. tapi sebelum tuh, kat forum, ada satu topik pasal maid yang mengoda majikan mereka.. pada mulanya, aku membalas ala kadar saja.. dah boring aku nak citer pasal maid indon nih.. 3 kali kena ngan maid indon, kalau aku tak serik lagi, tak tau ler! tetiba pulak sakit hati aku! Ada sorang forumner yang bagi link blog kak sya aku pun mula melayari blog itu dan membaca sekhuyusuk yang boleh.. mmg tak tercakap ler aku masa tuh.. tambah panas hati aku ngan maid2 indon nih entah ler.. tak leh aku gambarkan..

Oleh kerana khusuyknya aku membaca blog itu, maka, aku tak jadi nak ikut Yosie pi KL.. tak per ler.. dia pun dah lama tak jumpa ngan kawan2 baik dia tuh.. dari jauh pulak tuh.. so, aku kasik kesempatan ler dorang pi memana mungkin lebih bebas nak bercakap agenda lelaki.. hehe.. alasan tuh kan.. dan lagi.. aku terlupa nak masak wakaka.. sian anak2 aku lambat makan.. aku pun sama gak..

Lepas masak tuh, cepat jer makan, aku nak sambung pembacaan aku kat blog yang satu nih.. sekurang2nya, ada gak bahan bacaan aku weekend nih.. Yoshie tahu betul aku kalau dah jumpa pembacaan yang menarik tuh, aku leh lupa segala.. so, tak der ler dia mendesak nak ajak aku gak.. eleee.. ajak2 ayam pun sapa lah yang taww

Aku terus melayari blog itu dengan penuh perasaan aku.. aku mmg salute abis ler kat kak sya.. tabah giler pompuan tuh.. kalau kena kat aku, mmg gerenti gak ler kat kepala hb aku n maid aku sekali tuh.. aku tak leh nak bayangkan mcm mana kak sya tuh boleh bertahan gitu sekali.. aku actullay, bukan heran pun kes maid ngan majikan lelaki nih, tapi, yang wat aku ralat dan hangin tak hengat tuh, SIKAP laki kak sya tuh, mmg mcm jantan siyal jerk.. haaa!! Begitu parah kena pun kak sya tuh, boleh lagi kontrol ayat kat blog tuh.. ewwww.. tak kuasa mak.. kalau aku, mmg siap semua kuar ler maki2an nan harum sudel malam tuh, jangan kan kat blog, kat forum pun sebijik2 kalau yang mcm siyal tuh, mmg aku siyalkan aja lah!!

Aku mmg syukur, ada lagi wanita2 yang kuat mcm kak sya.. mcm yang selalu aku terapkan even kat forum, suruh semua wanita2 itu tegas, berpendirian, kuat dan tabah.. biar dengan cara apa sekalipun, demi anak2.. amcam aku tak risau?.. mak2 budak dalam forum, kes laki merokok pun nak buat kecoh sampai pening2 kunun.. wat buang karan jer!! lembik nak mampos!

Semakin lama aku baca blog kak sya, semakin aku rasa diri kak sya tuh mcm aku gak ekeke.. mmg kami mcm banyak persamaan dari segi sikap, pengalaman, dan even kak sya grad ITM with DBS pun, cuma, wat degree jer lain2 tempat.. cuma, aku bagus skit jerk dari kak sya, sementara kak sya tuh bagus banyak wakakaka.. kak sya tuh rajin masak ek.. aku pulak? rajin makan jerk

Tak sedar sampai ke pagi aku baca blog kak sya tuh.. sampai yoshie balik, dia heran aku senyum sendiri baca blog orang ekeke.. siap tuduh lagik aku ngecet ngan lelaki.. cehh!! aku belum ilang ingatan lagik! aku mmg nak merayap abiskan blog tuh.. tapi aku tak larat daaaa.. tido dulu arr.. sok2 aku sambung lagik.. tak lari blog kak sya di kejar ekeke.. mmg banyak perakara aku nak tulis kat sini idea dari baca blog kak sya tuh.. banyak benda mengajar aku! semoga akan terus menjadi peringatan untuk aku yang selalu lupa ini!

kang jari aku menari lagi ler..

oh yea.. ini adalah poster syok sendiri dari aku untuk kak sya

Tuesday, June 06, 2006

► Title With Brain ◄

Selalunya, kita dengar satu frasa iaitu • beauty with brain •, itu antara frasa yang paling famous dikalangan orang2 lelaki kalau nak cari calon isteri atau wanita idaman depa.. tapi, aku sebagai sorang pompuan, lebih gemar ngan frasa title with brain nih untuk mengatakan kekaguman aku pada segolongan wanita2 di luar sana.

Amnya, kebanyakkan wanita2 yang bergelar 'datin' nih, memiliki title secara automatik kerana suami mereka mendapat anugerah gelaran 'dato'. Tetapi, apa yang dapat aku selidiki setelah banyak bergaul dan melihat mereka2 ini bergaul, ternyata, tahap pengetahuan mereka tidak ler berapa sanggat.. hanya menepati protokol2 biasa sahaja. Tidakkah mereka2 terpanggil untuk memantapkan pengtahuan mereka supaya boleh selari dengan title yang mereka peggang itu?

Yesterday, untuk sekian kalinya aku menghadiri satu upacara lawatan rasmi dan sekaligus upacara perasmian untuk satu bangunan itu. Di rasmikan oleh seorang yang bergelar 'datin' juga.. mengambil kesempatan di atas undangan suaminya yang telah membuat lawatan rasmi ke sini.

Yea.. dia menarik perhatian aku.. julung2 kalinya seorang datin membuat ucapan tanpa teks! begitupun, isi2 dalam speech beliau, amat menarik perhatian aku. Pengunaan istilah2 yang aku anggap lambang kecanggihan penggunaan bahasa terkini, amat sesuai pulak rentak dan penggunaannya, melambangkan dia seorang yang mempunyai daya fikiran yang boleh aku kategorikan sebagai 'intelek' lah juga.

Berperawakan sederhana.. tidak sombong dan boleh mengupasi apa2 soalan semasa antara isu perbincangan kegemaran aku. Dia ada memesongkan pedapat aku sedikit bahawa tidak semua wanita2 yang memiliki gelaran ini, bengap2 belaka

Sunday, June 04, 2006

► Pabila Mula Memburu Rindu ◄

Semenjak dua menjak nih, mmg aku rasa mcm ada yang hilang jer.. tak tau ler apa bendanya.. hehe.. blur jee..

Musim layan rindu kot.. ehehe.. kat sebelah nih, pic yoshie layan lagu memburu rindu dari hattan untuk persembahan majlis nnt.. aku nyer part lak, tak der pun orang nak amik gambar ekeke.. bagOOOss ler.. layannn..

Talk about rindu.. aku pun dah lupa dah mcm mana rasa rindu tuh.. ehehe.. mmg dah zaman blur nih, tak tau nak rasa apa, nak buat apa, nak target apa, nak rindu siapa, nak rindu apa.. everything just flow like what its should be..

Nak update mender nih pun, tengok jer ler.. berapa hari baru boleh buat?.. the real thing pun dah berlalu dah.. phone camera aku pun, rasa mcm dah tak best dah nak amik pic sekarang nih.. blur jer memanjang.. kot2 ler ikut kepala tuan dia nih pun barangkali gak ekeke.. ker aku yang dah tak reti snap2 nih pun, aku tak tau ler.. maybe tak bagus nak amik secara zoom?.. ewww.. tak terfikir lak nak amik semua cara!!

Itu ja dulu setakat ini kemampuan jemari aku untuk menari kali ini.. nak pi memburu rindu dulu

► Bila Nak Cuti? ◄

Ni lah tertanya-tanya nih.. bila nak cutinya?.. majlis lawatan rasmi tuh, di tangguh ke 5 june nih pulak setelah jadual 1st june nih tak jadi.. waduhh.. nampaknya, cuti sekolah kali nih, anak2 dok umah jer ler hehe.. sian korang..

Tu baru kira majlis lawatan tuh.. sket punyaa nak buat grand n looks perfect tuh yang buat orang tak dan dan tuh.. alahai.. nak cakap banyak pun, mcm tak mampu dah.. baik hanggok jer ler!

Semenjak dua menjak nih, masa yoshie mmg tak leh predict.. sibuk memanjang.. entah ler sekali lagi nih.. nak cakap mcm mana pun dah tak reti dah.. nak redha jer pun, mcm tak ikhlas jer.. ehehe.. biooo ler.. sok2, aku lak yang bz giler2 nih, wajib ler dia faham pulok.. aku, mmg malas nak mikir banyak2.. apa benda pun belum buat lagi nih.. merapuking dalam net jer ler agoknya.. blur pun ada.. ngantok jer..

I'm taking part jugak dalam acara tuh.. mmg tak semengah jer tengok OC kalau every single thing nak perfect.. ewwww.. tak nyempat angkat diri jer.. wohooo.. malas nak cakap banyak..

adioss amigoss..

Wednesday, May 31, 2006

► Dikir Puteri Ehh ◄

Semalam, tengah syok2 makan ngan anak2, yoshie call n cakap OC nak aku nyanyi gak masa majlis lawatan rasmi KPKL jemaat nih.. wakaka.. merabat aku!! Yosie suruh aku nyanyi lagu dikir puteri lah pulak.. semua dah arrange ngan live band tuh.. aku?.. blasah jer ler..

11.30 malam dah pun, pi gak praktis kat IPD tuh.. it's ok ler.. nak gak sporting sekali sekala hehe.. 2 kali jer try semalam.. depa kata dah ok.. ehehe.. depa pi lanyak poco2 gak ngan lagu tuh.. aku pun lepas tuh, join poco2 gak.. sengal gak eh.. hehehe.. hentam!! asalkan bahagia..

Habis, dekat pukul 1.00 pagi gak.. kesian gak ngan yoshie belum makan.. ingatkan dia makan dah tadi, so, masak simple jer.. pi lar kat cyberjaya coz nak larikan diri.. hehe.. Yosie jer makan nasik, oleh kerana kami dah makan, so, minum jer n makan kentang goreng.. lepas bayar makan tuh, i saw someone yang mcm familiar jer.. baru ingat itu Burn AF1.. terkejut gak coz nampak dia betul2 punya kurus.. mcm makan dadah pun ada gak.. wakakaka.. ahkak kata, dia nampak Vince, bila aku menoleh ke belakang, mmg kebetulan aku terpandang Vince yang lalu kat bawah tuh, time tu, Vince pun tengah tengok aku.. Vince senyum kat aku ahakss!! aku yang mmg susah nak senyum ngan orang yang aku tak kenal terutama lelaki nih, mmg lambat pickup betul ler.. wakakaka.. agak lama gak baru aku terbalas senyum Vince tuh wakakaka.. dah masa aku senyum tuh, dia angguk kepala mcm kenal jerk ngan aku!

Balik rumah, aku kerjakan pc lagi.. hehe.. sib baik jadik.. wakaka.. haru biru arr semenjak dua menjak nih.. ntah hapa-hapa jerk.. aku saja jer langgan AF extra tuh.. kot2 kang aku kursus, ada gak hiburan kalau aku nak online hehe..

Pengajaran?.. aku pun tak tau hehe..