Saturday, September 16, 2006

» LOST around the corner «




Yezzzzeerrrrrrrrr.. Lost season3 dah nak start.. maka, kembali ler addiction aku pada episod ini.. maka, jadik ler aku pengdownload yang setia menunggu setiap episod keudara di negara itewwww.. akan kembali aktif ler aku berforum di forum lost mencari dan berdiskusi mengenai spoiler2 yang selalunya mendebarkan dan macam2 ada hik hik..

Banyak promo season3 di youtube.. tapi, aku amik yang nih aja ah.. this one S03E01 nih.. hehe.. tak sabaaa naaa aku nunggu..

Still miss all the losties a lot..



I hope LOST will make my day.. again..

» Kerastangan «

"Apahal office kO nih tiada bunga?"

Tu dia.. pertanyaan dari sorang rakan kerja yang membuat aku senggih saja..

Bunga?.. Buuuuunnngaaaa.. teringat pula iklan ntah hapa masa first time rasanya AkO Mustafa menjadi mOdel iklan.. hehehe.. dan.. aku memang jarang sukakan bunga, apalagi bunga plastik! jadi, jangan heran kalau aku tak reti nak mengubah bunga!!

Ya ya ya.. aku memang jarang sukakan bunga, pun begitu, ada juga bunga2an yang aku suka.. dan walaupun nama aku dalam blOg aku nih seOlah nama bunga, itu secara tidak sengaja cOz "Anggeriq" memang merupakan 80% dari nama sebenar aku.. dan itulah nama panggilan dari lebih 80% dari 93 orang staff di sini

Last week, masa pi Kampung Baru (sesi lawatan rasmi jalan-jalan carik pasal tiap minggu) setelah kalah ngan airmata Aqrel, aku pi lah satu kedai menjual barang mainan nih.. kat tepi tuh ada jual rangkaian bunga2an.. entah napa aku tertarik ngan kaler bunga nih.. bila aku belek2, rega dia rm2 setangkai.. murah giler.. tapi aku frust cOz tak der yang dah siap digubah gituk.. sO, aku memberanikan diri membeli untuk aku gubah sendiri.. aku beli 2 tangkai jerk.. jadiklah rm4 untuk 2 tangkai bunga itu yang mengandungi beberapa kuntum bunga plastik..

Balik rumah, aku carik pasu aku yang kat stOre tuh.. dah berdebu dan hancur dah bunga dalam pasu aku yang satu itu hehe.. since pindah dulu tuh, aku tak kOsek pun bunga tuh cOz dah remuk masuk dalam bOx masa packing agaknya..

Maka, bermulalah satu sesi kerastangan aku har har har..



Inilah dianya hasil dari kerastangan aku yang mengatur bunga berharga rm4 itu tapi tak pandai nak nampak cantik apa hal! hehe.. pedulik apa aku! inilah bunga yang akan aku letak kat office aku nanti.. dan ini memang membuktikan aku memang tak reti nak gubah bunga!


Yang penting, next week, office aku dah ada bunga walaupun bunga itu, tak der ler secantik mana

Wednesday, September 13, 2006

» Serabut ! «

Serabut betul dua tiga hari ni.. macam2 program datang bertindih-tindih.. tuh pun nasib baik rombongan KKDN dari brunei tuh tunda lawatan.. duhh!! nak lunch pun tak sempat! mana nak clearkan kes2 yang dipeggang oleh mereka2 yang pi kursus tuh.. waduh waduhh!! gawattt sehhh!!

Esok lak ada LDK.. lusa ada explorace.. jumaat pulak another MI.. ahad lak ada KSB.. huwaaaaaaaa.. !!



Tengok jerk ler.. meja aku.. serabut mcm aku dah gak.. bisak berasap laptop gue.. harapkan PC nak datang, entah biler ler gamoknya.. yang sedia ada pulak, tak sudi dah aku mandang.. hahaha.. campak kat store jerk jawapnya..

Iskkk.. serabut pun, sempat lagik memblogging..

dan,

psttt.. I miss Yoshie so much!

Friday, September 08, 2006

» Eh.. Boss Marah Ker? «

Ahakss!!

Aku rasa, boss nyindir aku jerk tadi masa meeting.. coz dalam sebulan nih, aku dah tolak 3 kali kursus yang ditawarkan.. ahahaha..
saya tak larat ler boss.. bukan tak larat nak pi.. tapi tak larat nak tinggalkan hb tersayang saya tuh.. dah ler, boss pun kasik saya pi kursus jauh2 wat per?.. dah ler jauh2.. lama2 plak tuh.. kalau sehari dua tak kesah ler boss.. tapi kalau lebih 3 hari dan sampai satu minggu tuh.. leh masuk air suami saya boss..
Itu adalah antara ayat yang ingin jerk aku katakan kat meeting tadi hehehe.. tapi entah napa.. tak terkeluar pun dari mulut aku.. and for sure, kalau keluar gak dari mulut aku, maka, for the next time kalau ada kursus yang jauh2 mcm kat Penang misalnya tuh.. aku confirm, nama aku top on the list.. har har har

Boss..,

Boss marah ker?

» Kegembiraan Itu, Mengundang Kesyahduanku.. «

Aku pun tak tau kenapa kes yang satu ini menarik perhatian aku.. actually, bukan kes aku pun, tapi kes Muni yang ditinggalkan oleh senior yang berpindah.. dan memandangkan Muni sibuk ngan kursus, maka, aku mengambil alih mana2 kes yang perlu di ambil tindakan segera..

Dia memohon untuk kebenaran keluar kerana ingin melihat anaknya yang akan menjalani pembedahan pada satu tarikh pada bulan september ini.. sedangkan, mengikut perintah mahkamah dan hukumannya belum habis tempoh pada masa itu.. cuma, tarikh nya berdekatan sahaja..

Aku cuba memohon untuk pembebasan awal untuk kes yang sorang nih.. Memula, ketua unit tidak berani untuk memberi pembebasan itu dan berjanji akan memberi peluang melawat anaknya di hospital itu dengan syarat perlu ada escort dari polis..

Aku tak pernah berjumpa muka dengan isteri Dia ini.. malam semalam aku cuba call isteri beliau dan bertanyakan berkenaan detail kebenaran pembedahan anak mereka.. entah kenapa, aku mendengar semacam satu harapan dari perempuan itu bahawa dia memerlukan suaminya di situ tika itu.. apa bila si isteri bertanyakan kepastian aku adakah suaminya boleh bebas menjelang hari raya aidilfitri, aku pulak yang terharu sakan.. dan seharian aku melihat fail kes ini.. aku kagum dengan isteri Dia ini.. rajin melawat suami yang terkurung.. tak pernah lari dari rutin selama setahun lebih.. si isteri hanya berkerja sebagai sales promoter di sebuah shopping center dan berkerja untuk menyara 2 orang anak mereka yang sakit.. dan yang aku dengar2.. si isteri ini, nice looking jugak orangnya.. ahhh.. begitu tabahnya dia..

Aku cuba bawak fail ke boss tertinggi.. memberi penerangan dengan harapan boss ku yang seorang ini akan menghulurkan simpati nya jugak kerana aku memang tau dari awal lagi boss ku yang seorang ini walaupun kepala gila2 sikit tapi seorang yang amat mengambil berat hal ehwal kebajikan keluarga.. aku pulak yang terlebih happy bila permohonan itu di luluskan.. bila aku balik dari makan tengahari, aku ternampak Dia ini sedang melakukan tugas2 pembersihan khemah selepas acara pagi tadi.. aku terus memanggilnya untuk memaklumkan berita itu.. aku nampak wajah yang berseri-seri itu.. tapi pada aku itu dah biasalah.. orang dah boleh bebas memang ler macam itu reaksinya..

Petang tadi, aku terima sms dari si isteri bertanyakan permohonan kebenaran suaminya untuk melawat anaknya.. aku terus menghubungi si isteri dan memberitahu akan kebenaran itu.. aku terlupa untuk mengatakan bahawa permohonan suaminya untuk mintak bebas awal diperkenankan.. (semua orang tahu, perkara itu agak mustahil).. dan si isteri mengucapkan berbanyak terimakasih pada ku.. ah.. kau terlalu lurus wahai perempuan.. terlalu tabah mencintai suamimu itu..

Hingga si isteri bertanya hingga pukul berapakah suaminya dibenarkan melawat, aku terus teringat yang aku belum lagi memberi penerangan yang lengkap kerana aku pun dah bergegas untuk berkemas kerana masa tuh jam dah menunjukkan pukul 6.10pm.. time untuk aku pulang.. dan bila aku mengatakan bahawa suaminya terus bebas dan masa itu bukan masa lawatan lagi, aku mendengar talian sunyi seketika.. bila si isteri mintak kepastian, aku mengulangi lagi bahawa suaminya dibenarkan bebas awal atas ihsan ketua pusat.. aku mendengar sorakan yang biasa aku dengar kat radio hot fm bila mana ada pemanggil menang wang besar dalam mana2 peraduan.. begitu luhur suara itu berlonjak dengan gembira sesambil bertanya adakah ianya benar.. bila aku memberi confirmation lagi, dia seolah menjerit kegembiraan sambil kedengaran dia bersyukur di talian sana.. ah.. perempuan ini.. betul2 membuat aku syahdu..

Semoga kehidupan kalian diberkati hingga akhir nanti.. semoga anak kalian akan dipelihara oleh NYA dari segala macam kejadian yang tidak diingini.. wahai sang suami.. taubatlah sementara masih ada insan yang betul2 menyayangi mu.. berubahlah demi keluarga mu tercinta..

Semoga kita sama-sama bergembira dalam kehidupan yang sementara ini..

Saturday, September 02, 2006

» Hanya Sekeping Nota «







nota ini tiada kena mengena dengan sesiapa.. baik yang masih hidup, mau pun yang dan mati.. hehe.. kan dah kata, hanya sekeping nota biasa..

Saturday, August 26, 2006

» Weekend Ku DisabOtaj «

Hayaaaa!! weekend aku kali nih rasa macam disabOtaj ler pulak.. rasa macam ralat jer kalau weekend aku dikacOo!.. aku rasa macam nak hangin satu badan jerk bila aku dapat tau aku kena hadir seminar start friday to sunday.. walaupun seminar diadakan di Sunway Resort Hotel & Spa, dan kami diberikan bilik hotel taraf 5 bintang tuh.. aku tak rasa mcm best pun coz rumah aku ler syurgaku..

Aiseymen.. tu alasan sampingan jer.. alasan sebenar?.. aku dah tak leh dah jauh2 dari yoshie.. ahaksss!!.. bila masa lak aku jadik romantik nih?.. so, aku berulang jerk.. bukannya jauh sanggat pun.. cuma jem jer ler boleh tahan.. lagipun, Yoshie sanggup hantar aku dan jemput aku balik.. nak harapkan aku drive, alamat aku tembus ler kat Kuantan karang har har har.. harap2 weekend nih, tak der ler jem yang teruk.. jadi, tinggalah Muni sOrang2 dalam bilik itewww..


Bilik kami.. aku dan Muni.. nak jerk aku suruh Muni pi bilik lain dan aku bermalas-malasan di bilik nih ngan Yosie..


View dari dalam.. beso2 bilik nih pun, finally.. Muni tinggal sOrang2 jer.. pepandai ler nak idup yeaaa.. jangan nakal2 tawww..


Suasana lobby..


Peserta seminar sedang minum petang.. kiterang bukan takat minum dan tuh.. dah tahap melantak dah wakakaka.. apa lagi jumpa geng2 lama.. semua buka citer pasal tempat masing2.. bOrak pasal perkembangan yang tak pandai2 nak kembang..


Wet World Sunway Lagoon Theme Park.. view dari ruang rehat bilik seminar.. rasa nak bawak jerk Atiqah n Aqrel pi situ.. sure suka sakan anak2 aku jumpa air nih..


Yang nih pulak.. view dari lobby luar bilik kami.. rasa nak mandi manda lak tetiba.. seb baik hujan..


Sajer nak ambik keadaan jalanraya masa nak balik.. aku tak pi dinner malam nih.. lepas talk abis jerk jam 4.30pm, sembang ala kadar ngan kengkawan lain, aku blah balik umah kira2 jam 6.00pm.. jalan pun masih jem lagik..


Aku rasa kan, macam membazir jer jabatan hantar kami pi seminar nih.. dah lah talk kami tuh, hari nih cuma 1 1/2 jam jer.. esok pulak, pagi 1 1/2 jam gak.. petang just 2 jam.. same with sunday nanti.. just 1 jam 1/2 aje! dah ler tu.. semua benda tuh kami dah pun belajar masa kursus hari tuh.. bahagian latihan nih, macam tak tau jerk mender apa dOrang buat nih.. kacau stim aku jerk nak rehat hujung minggu tak berbalOi sungguh.. abis baik pun nanti, aku jerk.. tuh pun, kalau idak ler.. hOhOhOoo.. siapa nak marah?.. hahaha.. kalau nak marah pun.. aiman tak kesah..

wOOkey ler.. itu aja ler duluk untuk kali nih irama keyboard usang aku nih beralun.. hehe.. mOga kat nun Muni mimpi best2..

adiOOOsss n peaceee