Sunday, November 05, 2006

» Politik Pejabat Yang Ntah Hapa2!! «

Peh.. dah masuk bulan november pun.. pembaharuan? entah lah nak cakap mcm mana.. tapi, so far, yang begitu tetap begitu jugak..

Kalau diikutkan hati, aku dah nak blah dari sini.. memang tak daya nak tahan politik pejabat kat sini nih.. tak sangka, lagi jauh dari persekitaran bandar, lagi hebat politik pejabat yang bermain di sini.. sorang datang mengatakan begini begitu, sorang lagi datang mengatakan begitu begini, siapa yang mau dipercayai?..

Entah lah.. kadang2 rasanya, dinding pun ada telinga.. hebat betul penangan 'wireless' kat sini nih.. dapat lagik boss sebijik kerek nak mampos.. cakap dia aja yang betul! .. dan aku, tak boleh nak membangkang sepatah haram walaupun perkara itu adalah salah?.. sorry boss!.. aku bukan kaki ampu!!..

Dan kerana aku nih pekerja yang paling susah nak angguk pada setiap keputusan boss walaupun ianya nyata bertentangan dengan 'kebiasaan'.. maka, aku sentiasa di awasi disini?.. ahhh!! persetan ler dengan mata2 liar dan pengadu2 yang inginkan prestasi cemerlang itu.. aku pun sudah bersedia bila2 masa nak keluar dari neraka si botakchin ini!!.. nama nak angguk.. sekali lagi.. NO WAY!!..

Sudahlah!! aku buat kerja aku, dan korang buatlah kerja korang!.. selama mana aku masih halalkan kebusukan hati korang, selama itu ler aku akan bertahan.. walaupun adakalanya aku terkilan, itu tidak akan melunturkan semangat aku untuk terus mengatakan kebenaran di sini.. aku tetap aku!! dan korang tidak akan membuatkan aku 'menghalal' kan sahaja kerja2 busuk korang di sini.. aku benci dengan pengkhianatan dan penindasan.. selama mana ianya berlaku bukan depan mata aku, selagi itu korang boleh selamat.. tapi, once kantoi dengan aku, mampos korang aku kerjakan!!..

Kita sama2 lah bersedia.. kerana perjuangan aku memang belum selesai!!

Friday, October 27, 2006

» Keboringan Melampau «

Arghh.. sedang rakan2 lain enak2 beraya.. aku n Muni kena keje pulak semalam dan hari nih.. seb baik Haji sudi ganti aku duty masa raya ke 2 hari tuh.. kalau idak, tak der maknanyaaaa raya.. hehehe.. mcm budak2 jerk.. memang ler rasa macam best jer coz pejabat sunyi sepi.. tapi rasa boring, tuhan jer yang tau.. memang tak der mood nak buat keje.. semalam, aku tengok jer drama air mata hehehe.. kalau yang wife2 nangis tuh, aku tak heran sanggat.. tapi kena ngan pakcik2 tua yang menangis tua sambil bunyi merintih tuh, aaahhhh.. memang aku paling ke belakang jer coz tak sanggup nak tengok kesedihan di wajah2 tua mereka..

Polis2 cute plak, asyik ngacooo jerk aku kat walkie talkie.. aku lambat jawap sket, dah kata aku tengah makan tak mo bagi2 har har har.. makan ler.. makan hati!! nak ker?

Dan hari ini.. lagi sekali aku tak der mood nak keje.. pagi tadi aku datang lewat.. ekekeke.. alahai.. mcm tak amanah pun ada gak aku nih.. rasa bersalah pulak tuh.. pas tuh, entah napa, aku tak der mood langsung nak bukak fail2 nih.. maka, seharian ini.. aku dok surfing internet jer ler mencari bahan cerita best yang tak ku temui.. ceh!!

Alamak.. di luar mcm nak hujan lagi.. jangan jalan jem lagi udah ler.. aku nak balik umah dengan releksnya hari nih.. so, nanti aku sambung sembang pasal raya ler pulak.. aku nak kemas2 dan nak balik dah hehe..

AdiOsss..

Friday, October 20, 2006

» Selamat Hari Raya «

Aku dalam misi balik kampung.. walaupun tak dapat cuti, yo yo oo gak nak balik kampung hehehe..

Kepada yang mengenali, rakan2, bloggers dan yang tidak dikenali jugak.. aku ingin mengucapkan.. selamat menyambut hari raya.. semoga raya kali ini membawa seribu erti dalam diary kehidupan kita..


Nanti cerita lagi..

Maaf zahir dan batin..

Sunday, October 08, 2006

» Jerebu & Aku «

Jerebu datang lagi.. teringat kejadian 9 tahun lalu walaupun jerebu di Malaysia nih kerap sanggatlah jugak.. 9 tahun dulu, semasa aku mengandungkan Atiqah dan usia kandungan aku masa baru 8 bulan lebih, dan kerana jerebu yang lebih kurang sekarang nih, aku terpaksa di masukkan hospital untuk berehat dari serangan athma aku tuh.. dan kerana itu jugaklah jadual melahirkan aku dipercepatkan.. adehh..


Tengok jer ler gambar di atas nih, mau seram gue menengoknya..

Ni tak der citer lain lah nak citer nih, so, citer jerebu jerk ler.. ahakss!!

Monday, October 02, 2006

» Happy Birthday Sayangku Atiqah «

Hari ini genap 9 tahun aku memilikinya.. 9 tahun dulu, dia seorang bayi kecil yang comel berada didakapan ku setelah berhempas pulas aku di bilik pembedahan selama hampir 2 jam.. syukur kepada Allah kerana lahirmu sempurna sifat.. kau kini mula menginjak dewasa bersama seribu harapan dariku agar kau kelak menjadi insan yang berguna..

Sayangku Atiqah, Umi ucapkan..



Semoga dirimu membesar menjadi insan yang berguna pada bangsa dan negara..

"UMI SAYANG AKAK"

Sunday, September 24, 2006

» Selamat Menyambut Ramadhan «

Di kesempatan ini jugak.. saya ingin mengucapkan selamat menyambut ramadhan dan selamat berpuasa kepada keluarga tercinta, pembaca budiman, teman dan sahabat handai sekalian.. semoga ramadhan ini, membawa seribu kenikmataan dan rahmat ke atas kehidupan kita..



Semoga hikmahNya sentiasa menerangi kita..

» Pesta Sukan Aqrel «

Macam pelik jerk dengar perkataan PESTA tuh hehe.. tapi itu lah dia.. dalam tengah panas terik hari sabtu itu, best jugak tengok budak2 dok happy2 nih.. memang ler last minit betul sekolah Aqrel buat sukan depa nih.. di buatnya kalau sabtu hari nih dah start puasa, lumayan jugak tuh..

Hari nih tak der citer menarik arr.. just nak selitkan a few kenangan Aqrel di sini..


Aqrel dalam rumah biru.. hehe.. terkenang zaman aku sekolah dulu-dulu.. memang borong 5 tahun berturut-turut aku dok rumah biru hehe..


Biru.. best!!.. biru.. best..!!


Nih Aqrel ikut lumba lari dalam guni acara berkumpulan.. guni pulak tukar ngan kain pelikat.. lucu jerk.. laju gak Aqrel lari.. tak sempat aku nak ikut dia lari tuh.. jadi, gambar terambil takat hujung jerk hehe..


Nih acara gelung bola berpasukan gak.. Aqrel n team dapat no.1 yang nih..


Aqrel n the geng..