Monday, July 16, 2007

>> Genting Mari <<

Aaaaaaaa cerita ceriti dari genting..

Nak rest punya cerita, memang rest bebetol ler.. hari minggu naik genting.. check in hotel jap.. jalan2 sekitar theme park.. kejap jerk.. lepas makan, balik hotel, terusss tido hingga pagi..

Tak tau napa kali nih tak der mood sanggat nak amik gambo.. amik sikit2 jer.. tak der ler posing sakan.. just menikmati alam semula jadik dan observe keliling jerk..

Aqrel n Atiqah.. in door arena First World Hotel


Begaya anak dara aku nih..


Yang nih kat luar.. nak masuk tapi hari hujan.. hampeh!! lain kali jer yea ..


Kat Snow World.. memang best posing tapi tak leh bawak kamera ler pulek.. Aqrel tahan betul dalam nih.. siap jadik tapak sulaiman atas ais.. kiterang kuar duluk.. tak tahan wooo sejuk giloss.. budak2, times up 40 min baru kuar..

Dah.. aku dah charge bateri dengan jayanya..

Sunday, July 15, 2007

>> Berubah <<

Apa yang berubah??

Heh.. tak der apa ler.. ubah telepon ajer..

Sebelum tuh guna yang ini.. sekarang dah kasik Atiqah..


Sekarang guna yang ini.. dan..


Guna yang ini jugak sebagai line nakal2 ler kikiki.. ntah hapa2 guna 2 pone!! yang satu pun tak terlayan..


Soon.. maybe nak hambik yang nih.. mcm aku berkenan ajer.. tak per.. sabo..


By the way,.. thanks to Yosie atas sponsershipnyer.. lain kali sponser ler lagik.. hik hik..

Saturday, July 14, 2007

>> Bila Kaunselor Perlukan Kaunseling <<

Kaunselor pun manusia biasa kan?.. reti gak stress!

Semenjak dua menjak nih, aku mampu tumpu paling kuat pun 2 sesi jer satu hari.. lepas tuh, mula lah migren aku naik.. mula ler mood singa aku mengaummmm suka-suka hati mak bapak aku!! sesi tukar jadik sesi intrograsi pulak.. hik hik.. cian klien aku.. terlopong jerk dengo aku membebel.. huwahuhuahuaaaa!! tu belum lagik kes baru yang kena basuh cukup-cukup oleh aku sampai tak reti nak berdecit pung!! pedulik hapa aku pernah kes penjara berapa kali pung!! muka mcm penyangak.. mcm muka boss aku jerk, bau hapak!! gigi kuning!! penyakit macam-macam ada!! sawan babi, HIV, hepitatis pelbagai kelas, semua aku tenyeh semacam!! walaaaaaaaaaaa.. mcm nih sokmo, cepat tua aku nyah!!

Wey, aku pun stress mangkali!! Benggang betul ngan boss semenjak dua menjak nih!! tak boleh tengok orang senang sikit.. tak boleh tengok orang lebih sikit.. adaaaaa jerk nak carik pasal.. aku c4 kan jugak ler orang tua tuh nanti!!

Tak per.. aku charge bateri duluk!! hujung minggu pi Genting.. hari isnin cuti!! yipieeeee!! Tapi, sure balik cuti kerja bertimbun balik.. pas tuh, berderetttt owang datang nak jumpa!! tak per.. aku layannnn.. janji, for now on, i need a fresh air!!

Really fresh air!!

Wednesday, June 27, 2007

>> Gosh!! When Someone Talk About Us <<

PETIKAN AKHBAR UTUSAN RUANGAN FORUM 27/06/2007

Perlu proaktif perangi salah guna dadah

SAYA masih menyimpan keratan muka depan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 14 Oktober 2005 yang bertajuk AADK beku dan tidak kreatif punca program antidadah kurang berkesan. Pada 25 Jun 2007 tajuk muka depan akhbar New Straits Times ialah Impotent NADA, three years after being gazetted, NADA lacks power to act.

Walaupun diberi penjenamaan semula dari ADK kepada AADK, tetapi AADK yang masih lemah, umpama mempunyai gigi tetapi tidak boleh menggigit.

Baru-baru ini, Perdana Menteri sendiri kesal dengan usaha membanteras dadah hingga ke akar umbi masih kurang berjaya.

Bertitik tolak dari inilah, pada pendapat saya AADK perlu mengorak langkah berfikir di luar kotak untuk merencanakan kaedah yang paling terbaik menangani masalah ini sama ada dari segi penguatkuasaan, pameran antidadah, rawatan dan pemulihan dadah, pencegahan umum dan pencegahan awalan.

Lebih-lebih lagi, saya difahamkan AADK mempunyai pegawai tinggi berkelulusan kedoktoran dan profesor, pada pandangan saya telah mampu memgorak minda masyarakat supaya menjauhi dadah.

Tahun 2015 tidak terlalu lambat lagi untuk kita lalui. Sekiranya, tiada suatu langkah yang berkesan dapat kita temui, masalah penagihan dadah sukar untuk kita capai.

Kita jangan berseronok sendiri dengan program pencegahan bersifat ceremonial tetapi apabila selesai majlis tersebut, penagih dadah muncul di sekeliling kita. Cadangan saya, kita perlu ada satu pelan tindakan yang padu untuk mencapai negara bebas daripada dadah pada tahun 2015.

Contohnya, satu bengkel perlu diadakan bagi membincangkan hala tuju AADK dan negara-negara yang telah berjaya menangani masalah dadah perlu dijadikan sebagai penanda aras.

Dua agensi penguat kuasa dalam membanteras dadah adalah Jabatan Narkotik PDRM dan AADK. Pihak PDRM perlu menjalinkan persepakatan yang bijak dalam membanteras masalah ini.

Pihak PDRM janganlah memandang satu persaingan yang tidak sihat apabila tugas penguatkuasaan diberi kepada AADK.

Saya difahamkan pihak PDRM enggan memberi kerjasama dan memberi latihan kepada pegawai AADK. Contohnya, latihan penguatkuasaan kepada staf AADK hanya dijalankan oleh pesara polis.

Malah, ada kata-kata sinis yang meminta AADK menyediakan lokap sendiri apabila tugas penguatkuasaan dilakukan sepenuhnya oleh pegawai AADK.

Akhirnya, AADK perlu melakukan rombakan secara besar-besaran dari segi visi dan misinya dan PDRM perlu menjalinkan persepakatan yang strategik dalam usaha membebaskan negara kita daripada dadah.

– RASHIDI,

Alor Star.

Kedah.

Monday, June 18, 2007

>> Congratulations Yoshie <<



Tahniah atas kenaikan pangkat Yoshie!!

Actually.. berita nih kitarang tau lebih awal dari Azlin.. tapi, macam biasa ler kalau belum confirm, tak sah!! lebih kurang tengah malam, dapat confirmation jer, tak henti2 phone yoshie berdering.. mcm suprise ler kunun..

Yoshie, me tumpang gembira dengan perkhabaran itu.. i know u deserve it.. so..



Semoga nanti terus menjadi insan yang berguna dan dapat berbakti kepada agama, bangsa dan negara dengan lebih cemerlang, gemilang dan terbilang..

Once more..

Monday, June 11, 2007

>> Kursus Punya Cerita <<

Start 27 Mei hingga 09 Jun kiterang pi Kursus Penguatkuasaan di Trolak Country Resort.. 2 minggu beb.. punah ranah plan aku nak pi cuti2 mesia ngan family aku.. rasa macam nak pengsan menghabiskan kursus tuh.. mau idak, internet connection langsung tarak.. kalau sebulan, mau sawan aku!!

Lepas Yoshie hantar aku pi lokasi, dorang anak beranak bertolak balik kampung.. aku memang ler rasa mcm nak nangis.. tapi nak buat guano.. lepas baca blog Yosie tentang apa yang berlaku sepanjang perjalanan mereka balik kampung, rasa dah ler aku nak pot pet.. haaa.. next time, tak der chance ler nak balik kampung kalau I tak dok yea..

Sepanjang kursus, banyak kenangan manis dan pahit yang kiterang tempuhi.. walaa.. tak sangka pulak aku menang jasmani terbaik.. ala.. kira dari rekod larian 2.4.. tuh pun aku paksa jer lari coz pagi tuh perut aku jem.. time tuh nak lari, time tuh ler nak berperangai.. blasah!! bukan nak score pung.. ngabiskan acara jer..

Walaupun pagi petang kawad, kalau dah makan 6 kali sehari.. rasa macam chubby sikit lak muka aku.. pedulik apa aku.. janji bahagia..

First week ler rasa mcm nak nangis.. tapi lama2 tuh ok ajer.. hujung minggu pertama, aku blah balik rumah.. hantar resin.. seb baik aku tak jadik pi cameron, kalau idak, seplastik ler jugak muntah aku.. dah tuh, pergi jam 9 pagi dan balik 9 malam disebabkan jem.. uhukk..

Dah.. tak manyak cerita ler.. nak tepek gambo pulok..



Nih kelas kitarang.. TELUK BATIK.. hehe.. kursus I.O, tapi nama kumpulan mcm poyo jer.. tak ganas langsung..


Nih masa majlis makan malam tuh.. ambo diapit oleh anak dara..


Gambo handphone kitrang yang duduk semeja semasa majlis makan malam tuh.. punyaa lah tak dok kerjaa..


Pemandangan kat Cameron.. aku suruh Muni amik gambo yang berkenaan coz aku tak jadik ikut sebab balik umah.. ciput jer mek tuh tangkap gambo.. hujan katanya.. uhukk..


Anak sapoo ler nih??.. oii mek!! turun!! turun!! reti ker kira point?


Ewwww.. yang dua orang tuh.. macam sesuatu ajer..


Nih gambo ayahanda kitarang dan master G kitarang.. hehehe.. master G, amboi.. aku bagi hang special space gambo nih.. tak dok ler lagi aku lufer hang aku nyer skuadmate..


Alhamdullilah.. sepanjang aku kursus 2 minggu, seminggu anak2 di kampung dan seminggu anak2 di rumah, semuanya beres dikerjakan Yoshie.. aku balik rumah saja, semuanya ok.. next time, idak ler aku risau lagi..

K.. pada geng2 TELUK BATIK, gambo yang lain-lain aku letak kat SINI .. korang pilih ler sendirik mana yang korang nak k.. semoga persahabatan kita kekal selamanya.. u all tetap diingatan..