Wednesday, August 08, 2007

>> Tanah & Aku <<

Aku dan kita semua sememangnya berasal dari seketul tanah!! semua orang tau itu.. tapi, aku pun tidak tau apa kaitannya intro aku nih dengan entry aku kali ini..

Ahakss!! muler ler pulak nak merapu sakan.. aku pun dah mula naik bila selalu tensen dan serius semacam hehe.. aku nak releks2 ajer ler minggu nih..

Awal minggu seawal hari isnin minggu nih, kiterang ada gotong royong.. dok tanam pisang.. hahaha.. tanam pisang you.. lama giler aku tak main2 tanah.. tapi, kali nih, entah ler.. rasa damai semacam ajer walaupun penat siot.. lama aku tak enjoy mcm nih.. walaaaaaaaa.. aku memang dah tua ler kot.. dah nak tukar hobi berkebun gamoknya.. tapi aku betul2 enjoy.. lama aku tak gelak sakan mcm nih.. beshhhhhhh

Jangan main2 arr.. aku tanam pisang nih, sambil wish esok2 berbuah oren kikiki.. tanah separuh selut.. sebab malam sebelum tuh hujan.. tanah tuh, bau dia, sabooo ajer ler


Pendatang tanpa izin dalam bidang pertanian dari pelbagai negara


Berapa orang yang kerja, berapa orang pulak yang jadik mandor nih?


Luassss wooo kebun pisang kiterang.. Timah woooyyy.. ko kawad ker?


Sekian ler dulu laporan dari aku hehe.. what ever will be, will be.. yang penting, aku tak kuasa nak layan orang giler nih nyah!! aku kena menten cool gitu.. minggu nih hingga habis perayaan hari merdeka, aku bz ler gamoknya.. manyakkkk program.. kalau ada kesempatan, aku buat lintas langsung ler.. kalau idak, kiter lalu lalang ajer ler ek.. kikiki

Sampai jumpa lagi.. yeeehaaaaaaaaa

Saturday, August 04, 2007

>> Seminggu Yang Hancusszz!! <<

Lama juga tak terusik blog aku nih.. tak berkesempatan nampaknya.. Aku pun tak tau ler apa nak jadik dengan keadaan opis aku kebelakangan ini.. well, bukan seminggu kebelakangan nih actually.. dah lama.. just mcm time bom tunggu masa nak melatopss!!.. everyday, datang office, nate nih yang aku nampak depan pintu office..


Well.. aku memang jarang2 boleh membenci orang walau sedajal mana pun orang tuh buat kat aku.. I hate to hate people.. or anything.. it's hurt me.. but yet, this time, I do hate people.. and i think, it's OK to hate stupid people!!

Ntah kenapa banyak benar perkara pissing me off!! Hey you people, don't ever tell me it's ok as well i do my job!! Mana hati manusia korang nih ha??.. aku kena ikut aja kah cakap Boss even tho aku tau mender tuh salah dari segi kemanusiaan?.. well, people who believe they are justified in their actions because they are “just doing their jobs”.. you know, security guards, cops, or maybe us, when we are saying that if somebody pays me to kick you in the clavicle, or wherever.., then whether or not, this action violates mine or your moral code is a moot point, since it is my job?!!.. well, this is great news!!

I can finally come out and tell anyone or even i don't know, that i can hire him/her to kill my boss, and no one will have the right to object, since it’s the killer job!!.. yewww!!.. Seriously though, how many times has someone enforced some sort of unfair rule on you and then claimed that they weren’t to blame because it was their job?? ..Does this really make people sleep better at night?.. to put it another way, would you kill a kitten because your boss told you too??.. These people would!!, and even more than that, they would see absolutely nothing wrong with it!!.. Just like I don’t see wrong with hating every last one of them!!

hrmm.. aku lega sekejap sebab dapat cakap apa yang terbuku selama nih pada boss.. apa yang aku tak suka dan apa yang tak kena selama nih.. well.. aku tau akibatnya akan lebih parah terhadap aku since semua orang di sini tau boss memang tak boleh ditegur apa lagi di kritik.. walaupun ada yang cakap selama ini TIDAK ADA yang berani cakap begitu kat boss, aku pedulik hapa!! aku tidak boleh bertolak ansur dengan perkara2 keji mcm nih.. aku kerja kerana aku ikhlas nak kerja berbakti kepada bangsa dan negara di samping ingin memperkukuhkan kewangan keluarga demi masa depan yang lebih baik.. semoga Allah merahmati niat aku, dan kalau boss aku rasa, rezeki aku di tangan dia, dia boleh tunggang terbalikkan keadaan aku pun dengan izin Allah juga, jadi, dia tidak perlu berbangga atau besar kepala dengan apa yang dia boleh buat dengan aku!!

Yea.. nampaknya.. hanya blog aku yang memahami aku!! keyboard usang aku nih aja yang betul2 telus mengeluarkan apa yang aku rasakan dan apa yang ingin aku katakan.. ingatlah manusia semua, kehidupan kita sementara dan setiap kelebihan yang kita ada bukan semua hak milik kita, tetapi, atas ihsan Allah semata.. jangan bongkak dengan kelebihan itu kerana Allah boleh tarik bila-bila..

Monday, July 16, 2007

>> Genting Mari <<

Aaaaaaaa cerita ceriti dari genting..

Nak rest punya cerita, memang rest bebetol ler.. hari minggu naik genting.. check in hotel jap.. jalan2 sekitar theme park.. kejap jerk.. lepas makan, balik hotel, terusss tido hingga pagi..

Tak tau napa kali nih tak der mood sanggat nak amik gambo.. amik sikit2 jer.. tak der ler posing sakan.. just menikmati alam semula jadik dan observe keliling jerk..

Aqrel n Atiqah.. in door arena First World Hotel


Begaya anak dara aku nih..


Yang nih kat luar.. nak masuk tapi hari hujan.. hampeh!! lain kali jer yea ..


Kat Snow World.. memang best posing tapi tak leh bawak kamera ler pulek.. Aqrel tahan betul dalam nih.. siap jadik tapak sulaiman atas ais.. kiterang kuar duluk.. tak tahan wooo sejuk giloss.. budak2, times up 40 min baru kuar..

Dah.. aku dah charge bateri dengan jayanya..

Sunday, July 15, 2007

>> Berubah <<

Apa yang berubah??

Heh.. tak der apa ler.. ubah telepon ajer..

Sebelum tuh guna yang ini.. sekarang dah kasik Atiqah..


Sekarang guna yang ini.. dan..


Guna yang ini jugak sebagai line nakal2 ler kikiki.. ntah hapa2 guna 2 pone!! yang satu pun tak terlayan..


Soon.. maybe nak hambik yang nih.. mcm aku berkenan ajer.. tak per.. sabo..


By the way,.. thanks to Yosie atas sponsershipnyer.. lain kali sponser ler lagik.. hik hik..

Saturday, July 14, 2007

>> Bila Kaunselor Perlukan Kaunseling <<

Kaunselor pun manusia biasa kan?.. reti gak stress!

Semenjak dua menjak nih, aku mampu tumpu paling kuat pun 2 sesi jer satu hari.. lepas tuh, mula lah migren aku naik.. mula ler mood singa aku mengaummmm suka-suka hati mak bapak aku!! sesi tukar jadik sesi intrograsi pulak.. hik hik.. cian klien aku.. terlopong jerk dengo aku membebel.. huwahuhuahuaaaa!! tu belum lagik kes baru yang kena basuh cukup-cukup oleh aku sampai tak reti nak berdecit pung!! pedulik hapa aku pernah kes penjara berapa kali pung!! muka mcm penyangak.. mcm muka boss aku jerk, bau hapak!! gigi kuning!! penyakit macam-macam ada!! sawan babi, HIV, hepitatis pelbagai kelas, semua aku tenyeh semacam!! walaaaaaaaaaaa.. mcm nih sokmo, cepat tua aku nyah!!

Wey, aku pun stress mangkali!! Benggang betul ngan boss semenjak dua menjak nih!! tak boleh tengok orang senang sikit.. tak boleh tengok orang lebih sikit.. adaaaaa jerk nak carik pasal.. aku c4 kan jugak ler orang tua tuh nanti!!

Tak per.. aku charge bateri duluk!! hujung minggu pi Genting.. hari isnin cuti!! yipieeeee!! Tapi, sure balik cuti kerja bertimbun balik.. pas tuh, berderetttt owang datang nak jumpa!! tak per.. aku layannnn.. janji, for now on, i need a fresh air!!

Really fresh air!!

Wednesday, June 27, 2007

>> Gosh!! When Someone Talk About Us <<

PETIKAN AKHBAR UTUSAN RUANGAN FORUM 27/06/2007

Perlu proaktif perangi salah guna dadah

SAYA masih menyimpan keratan muka depan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 14 Oktober 2005 yang bertajuk AADK beku dan tidak kreatif punca program antidadah kurang berkesan. Pada 25 Jun 2007 tajuk muka depan akhbar New Straits Times ialah Impotent NADA, three years after being gazetted, NADA lacks power to act.

Walaupun diberi penjenamaan semula dari ADK kepada AADK, tetapi AADK yang masih lemah, umpama mempunyai gigi tetapi tidak boleh menggigit.

Baru-baru ini, Perdana Menteri sendiri kesal dengan usaha membanteras dadah hingga ke akar umbi masih kurang berjaya.

Bertitik tolak dari inilah, pada pendapat saya AADK perlu mengorak langkah berfikir di luar kotak untuk merencanakan kaedah yang paling terbaik menangani masalah ini sama ada dari segi penguatkuasaan, pameran antidadah, rawatan dan pemulihan dadah, pencegahan umum dan pencegahan awalan.

Lebih-lebih lagi, saya difahamkan AADK mempunyai pegawai tinggi berkelulusan kedoktoran dan profesor, pada pandangan saya telah mampu memgorak minda masyarakat supaya menjauhi dadah.

Tahun 2015 tidak terlalu lambat lagi untuk kita lalui. Sekiranya, tiada suatu langkah yang berkesan dapat kita temui, masalah penagihan dadah sukar untuk kita capai.

Kita jangan berseronok sendiri dengan program pencegahan bersifat ceremonial tetapi apabila selesai majlis tersebut, penagih dadah muncul di sekeliling kita. Cadangan saya, kita perlu ada satu pelan tindakan yang padu untuk mencapai negara bebas daripada dadah pada tahun 2015.

Contohnya, satu bengkel perlu diadakan bagi membincangkan hala tuju AADK dan negara-negara yang telah berjaya menangani masalah dadah perlu dijadikan sebagai penanda aras.

Dua agensi penguat kuasa dalam membanteras dadah adalah Jabatan Narkotik PDRM dan AADK. Pihak PDRM perlu menjalinkan persepakatan yang bijak dalam membanteras masalah ini.

Pihak PDRM janganlah memandang satu persaingan yang tidak sihat apabila tugas penguatkuasaan diberi kepada AADK.

Saya difahamkan pihak PDRM enggan memberi kerjasama dan memberi latihan kepada pegawai AADK. Contohnya, latihan penguatkuasaan kepada staf AADK hanya dijalankan oleh pesara polis.

Malah, ada kata-kata sinis yang meminta AADK menyediakan lokap sendiri apabila tugas penguatkuasaan dilakukan sepenuhnya oleh pegawai AADK.

Akhirnya, AADK perlu melakukan rombakan secara besar-besaran dari segi visi dan misinya dan PDRM perlu menjalinkan persepakatan yang strategik dalam usaha membebaskan negara kita daripada dadah.

– RASHIDI,

Alor Star.

Kedah.

Monday, June 18, 2007

>> Congratulations Yoshie <<



Tahniah atas kenaikan pangkat Yoshie!!

Actually.. berita nih kitarang tau lebih awal dari Azlin.. tapi, macam biasa ler kalau belum confirm, tak sah!! lebih kurang tengah malam, dapat confirmation jer, tak henti2 phone yoshie berdering.. mcm suprise ler kunun..

Yoshie, me tumpang gembira dengan perkhabaran itu.. i know u deserve it.. so..



Semoga nanti terus menjadi insan yang berguna dan dapat berbakti kepada agama, bangsa dan negara dengan lebih cemerlang, gemilang dan terbilang..

Once more..