Friday, November 09, 2007

> WeLcOme to J.B <

Ya ya welcome to JB.. tempat yang aku blur sanggat2.. (macam ler banyak tempat yang aku clear.. ahakss!).. tak dok orang wish.. aku wish for myself ler kikiki.. penat wey packing barang.. packing masuk.. packing kuar.. saboooo ajer ler..

Kalau ada orang tanya siapa orang pertama yang aku nak jumpa, tak lain dan tak bukan ialah Phua Chu Kang.. the best contractor in Singapore and JB.. hahahah!! Chu Kang woi, tolong siapkan rumah aku tuh!!

Tak banyak story arr.. letih tak abis lagi neh.. tak stabil lagi situasi kat sini.. nanti bila dah line clear, aku wat ler entry apa yang patut.. memang mcm banyak macam jer aku nak membebel lepas neh.. ewwwww.. pening!! pening!! serabutttttttt!!

Masa neh, jangan ler sesiapa nak membebel kat aku pulekk.. aku tak layan nyer..

adioss duluk..

Sunday, October 28, 2007

> SeLaMat TinGGaL PuTraJaYa <

Ntah ler nak cakap sedih ker, nak cakap happy ker!! Pokoknya, aku menghabiskan kerja2 akhir aku kat PSD dengan perasaan berbaur seribu rasa.. geram, marah, suka, teruja, pokoknya, macam-macam ada.. dengan 1001 perangai manusia yang perlu ditangani dengan tenaga yang minima dan kesabaran yang menjangkau ketipisan stok, aku siapkan juga kerja-kerja yang ntah hapa-hapa ntah iteww!!

Kadang-kadang rasa sedih.. kadang2 rasa tak sabar nak tinggalkan Putrajaya dan kehidupan di sini.. oh ya.. mesti ada sebabnya.. dan apa sebabnya, biarlah rahsia kata dato' CT.. malas nak mengungkai rasa tika dan saat ini..

Apa bentuk kehidupan lain di sana nanti, aku tetap akan menerimanya dengan sedaya mungkin walaupun kadang-kadang ada juga rasa gentar.. tempat baru yang dikhabarkan hebat juga gelombang jenyahnya.. what so ever, i didn't care.. segalanya mungkin.. siapa tau aku akan berjumpa dengan sedikit ketenangan disini yang melampaui imiginasi.. ahakss!!

Selepas ini, confirm bz untuk sementara waktu.. maka, akan terbiarlah blog ini sementara waktu tanpa sentuhan update untuk ditarikan pada keyboard usang ku ini kerana yang pasti, aku LOST untuk sementara waktu..
Dengan seribu perasaan mewakili hati, aku ucapkan.. SELAMAT TINGGAL PUTRAJAYA..

Tuesday, October 09, 2007

>> Selamat Hari Raya! <<

Selamat hari raya aidilfitri kepada seluruh umat islam, kengkawan sekalian dan blogger yang tersayang.. raya nih aku balik kampung.. hikss..

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin.. berhati-hati di jalan raya ya.. ingatlah orang yang tersayang.. kerana dirimu begitu berharga..



Sampai jumpa lagi..

Sunday, October 07, 2007

>> Kenapa Tukar? <<

Ramai yang tanya kenapa aku tukar url.. sebenarnya, tak larat nak layan orang gila yang asyik mengekori kemana aja aku pergi.. apa yang menyebabkan begitu aku pun tak tau.. kalau betul tak puas hati, berhadapanlah dan selesaikan masalah tuh dengan jelas.. jangan asyik spam dan buat komen yang bukan-bukan di seluruh akaun aku!! letih ahkak nak mendelete.. ahkak bukan banyak masa pun nak layan benda-benda bodoh neh.. dulu2 blog terpaksa delete kerana mender yang sama.. tapi sekarang, tak larat nak delete2 lagik..

ikut ler nak wat apa aku tak kesah!!

Kepada yang berkenaan tuh, go!! and get a life!!



hikssss!!

Tuesday, October 02, 2007

>> Happy Birthday Atiqah <<

Tambah setahun lagi umur anak aku neh.. semakin membesar kaedahnya.. semakin berat cabaran menjaganya.. setiap kali mengikuti kes arwah Nurin, semakin aku merasa sayu dalam hati.. tak terkata aku dengan kejadian tuh.. sungguh menyayat hati.. simpati dan salam takziah aku untuk keluarga arwah Nurin..

Tak banyak yang hendak dipaparkan.. sambutan pun ala kadar ajork anak beranak.. kek pun beli yang segera jer hehe.. len kali arr kalau nak sambut bagai..

Daripada umi, ayah dan adik untuk akak..

Semoga panjang umur dan murah rezeki.. rajin-rajin belajar ye..


Kek beli yang dah ready aja.. janji adoo kikiki..


Semoga semuanya ok ok belaka..

Friday, September 21, 2007

>> Aku & Kesibukan <<

Di bulan ramadhan ini.. sama juga macam hari-hari biasa.. bz tak habis-habis.. entah ler bila gamoknya hari yang tak bz ek.. ada-ada ajer perkara berbangkit yang kena settle segera.. tak kira ler hal kerja ka, hal peribadi ka, pokoknya, macam-macam hal..

Pun demikian, ada pulak lagi stupid moron yang perasan aku nih sibuk nak pipping her.. macam ler aku ada masa!! nak tidur pun kena bujet masa.. ini kan pulak nak sibuk hal dia.. lantak pi lar, nak mati ka, nak idup ka, nak melintang ka, nak mujur ka, bukan hal aku pun, tak der kena mengena.. kalau nak perasan, jangan ler nyusahkan orang key!!

Oh btw.. aku tetap menten aku ler hikss.. tak der banyak mender nak cerita.. aku pun actually tak tau yang mana satu patut aku cerita coz semua macam sama aja!! sibuk pasal kerja, kerja dan kerja.. hangen gak bila orang kata orang kerja gomen nih tak dok kerja, walhal, kitarang, huishhhhh!! citer pun tak guner!!

untuk selingan..

Selasa lepas, buka puasa kat rumah ayah pa.. tatau nak cakap apa.. dan yang kelakar, tak tau nak makan apa!! rasa semua nak makan, tapi, macam biasalah, kalau bulan puasa nih, waktu berbuka aku bukan aku selera nak makan banyak pung.. ala kadar aja.. selebihnya, jamu mata ajork!!

antara lauk pauk yang ada.. aku pun tak tau aku nak makan apa..

nih haa anak dara aku.. walaaa ahkak dah beso rupanya.. bila sendirian menyorot kenangan, rasa cepat masa berlalu.. rasa ngeri ada juga kadangkala bila memikirkan masa depan mereka yang aku rasa mesti penuh dengan cabaran..


Aku rasa, aku akan menten bz memandangkan jadual yang padat.. banyak lagi persiapan yang perlu di lakukan.. tahun nih raya we all akan balik Sabah.. yeahaaaaa dekat 3 tawon aku tak balik.. hiksss.. dan insyallah.. hujung minggu nih nak balik Kelantan untuk melawat Ma yang khabarnya tak sehat.. yea lah.. dah raya nih tak dapat balik, so, kira visit Ma dulu sebelum balik Sabah nih..

Semoga semuanya o.k..

Adioss amigosss

Thursday, September 13, 2007

>> Selamat Menyambut Ramadhan <<

Nothing much to say.. bz tak habis2..

To all reader and my friends,


SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN.. SEMOGA SEGALA USAHA, AMALAN DAN DOA KITA DIBERKATI DIBULAN MULIA INI..

AMIN..