Friday, October 30, 2009

SeLaMat Dah..

Untuk cover diri dari malas, saje nak update entry sebelum neh..

Yeaaaa.. anak makcik itu telah selamat dengan cemerlang masuk ke

Universiti Tampoi Malaysia petang tadi..

Sekian..


Note : Rajinkan aku update blog pepagi buta neh??.. huwaaaaaaaa!! esok pagi meeting!!.. malasssssss!!

Tuesday, October 20, 2009

KeSiaN KaN??

Dah bersawang juga blog neh.. sibuk cuti2 raya maaaa..

Malam jumaat lepas, ada operasi.. walaupun bengkek sebab operasi malam jumaat sepatutnya operasi ber gedik2.. terpaksa redha demi tugas kekdahnya!!.. operasi bersama beberapa badan penguatkuasa lain itu tamat awal pagi.. dan seperti biasanya, pagi next day tuh aku gi kerja lewat!!..

Tapi, semedang pagi2 tuh juga time aku masih lena diulit selimut, ada call soh datang opis dengan segera!!.. duhhh!! apa cerita polak??

Cerita dia??

Ada seorang ibu tua atau lebih tepat lagi ibu tunggal yang sudah kematian suami bersama seorang anak perempuannya datang ke office mengadu ketakutan dengan anak lelaki mereka yang dipercayai seorang penagih dadah.. si anak ini sudah beberapa kali mengugut untuk membunuh emak mereka.. alangkah kesiannya seorang ibu yang sudah tua terpaksa ketakutan dan lari dari rumah kerana takut hal2 demikian!.. si ibu sudah membawa kain baju bersama dan sanggup untuk berkampung di office kami sementara menunggu anaknya itu ditangkap!!.. choi sangat ler anak itu.. kusss semangat!!.. laporan polis juga sudah dibuat.. cuma sayangnya, laporan itu RLA kepada Agensi Antidadah untuk tindakan!!..

Kronolgi cerita:

• Si ibu ada membuat aduan kepada AADK perihal anak tersebut.. aduan telah diterima dan didalam perancangan AADK untuk diambil tindakan!!..

• Belum sempat AADK mengambil tindakan, si anak mendapat tahu racangan si ibu dan mengamuk mencari parangnya (yang telah disembunyikan oleh si ibu) untuk membunuh ibunya kerana katanya, si ibu ini tidak layak menjadi ibu dan harus mati dan hidup di neraka bersama haiwan2!!..

• Si adik terpaksa melaporkan kepada polis kerana takut keadaan semakin buruk.

• Polis terlebih dahulu mengambil tindakan dengan menangkap si anak dan ujian saringan air kencing si anak mendapati dia positif dadah jenis morfin!

• Si anak ditahan di lokap (reman) selama 14 hari sehingga jumaat tersebut!

• Pihak polis gagal memperolehi keputusan urine dari Patalogi, maka dengan itu, si anak ini dibebaskan kerana sudah cukup tempoh reman 14 hari.

• Setelah keluar lokap, si anak menelefon si ibu bertanya samada si ibu berada dirumah kerana si anak hendak balik ke rumah tetapi tidak mempunyai duit tambang dan meminta si ibu menyediakan duit tersebut. Sambil itu, si anak berang kerana dia tidak di jamin dan lagi mengugut untuk 'mengerjakan' mereka anak beranak apabila dia sampai ke rumah kelak.

• Si ibu tau anaknya itu sedang dalam kemarahan melampau, dan ketika inilah si ibu bergegas mengemas baju dan apa yang perlu untuk lari dari rumah tersebut sebelum si anak tiba ke rumah..

• Si ibu ke balai dan membuat 1 lagi laporang polis dan ketika inilah laporan polis RLA ke AADK.

• Maka, tersadailah si ibu di pejabat AADK ini..


Sebagai pengawai yang akan mendakwa, aku bertanya kepada si ibu apa yang dia nak kami lakukan ke atas anak dia neh.. katanya, dia nak anak dia dihantar ke pusat pemulihan.. tetapi.. setahu aku, kalau perangai sudah kronik macam gini, sure si anak mengambil dadah jenis syabu!!.. kalau dah amik dadah jenis syabu, satu masalah nak kaitkan dan buat tahanan bawah sek.3 APD.. abes2 boleh tahan bawah sek. 15 ADB.. itu pun, kalau anak dia tuh positif dadah lah kerana sudah masuk lokap 14 hari, sure air kencing sudah clear!!.. dan sempatkah dia keluar lagi untuk cari bekalan??.. Setelah sedikit rundingan dibuat bersama si ibu dan pegawai2 AADK yang lain, kami pasrah.. kata sepakat dibuat untuk menyerbu dan menangkap si anak serta merta!!.. Kerjasama dari jiran diperlukan untuk memerhati kalau2 si anak sudah sampai ke rumah!.. Tidak lama lepas itu, maklumat diterima si anak sudah sampai ke rumah!!..

Ini dia rumah tersebut.. cantik juga rumah neh.. kesian betul kalau si ibu terpaksa merempat merata kerana takutkan si anak sedangkan ada rumah begini.. kesian kan??


Setibanya di rumah tersebut.. kami memberi salam.. hanya 3 orang pegawai yang berada di depan ini termasuk aku.. yang lain2 standby kat belakang!!.. tidak ada tanda2 orang akan membuka rumah tersebut.. kami berharap dia akan membuka pagar untuk kami samada menyangka kami ini juru jual atau kawan2 adik dia yang hendak datang beraya.. hehe.. tapi tak jalan daaaa.. jadi, adegan memanjat pagar dilakukan!!..

Setelah sampai ke halaman rumah, si anak masih enggan membuka pintu.. jadi, kami buka sendiri!!..


Sebenarnya.. keadaan ini telah dijangka, maka dengan itu, si ibu dengan rela memberikan kunci pintu rumah.. kecuali kunci pagar depan kerana kunci ini hanya si anak yang memilikinya!!..

Si anak yang tidak berbaju itu!!


Juga seperti yang dijangka.. si anak ada di dalam rumah tersebut.. apabila kami bertanyakan kenapa dia enggan membuka pintu, dia memberikan alasan dia di dalam bilik air!!.. whatever!!

Tanpa buang masa.. kami meminta si anak contoh air kencing untuk dibuat ujian saringan!!.. haaaa!! yang ini memang memakan masa sebab katanya dia tidak boleh kencing kerna baru lepas buang air kecil!!.. apa2 lah.. kami sabar jah tunggu.. kasik dia minum air banyak2 gitu!!.. yang penting, contoh air kencing mesti diperolehi.. positif ka, negetif ka, belakang kira.. yang penting, kami menjalankan tugas dengan mengambil tindakan yang sepatutnya!!..

Finally.. contoh air kencing kami perolehi.. dan hasilnya??

Dia positif dadah jenis morfin!!


Mula2 memang ler tidak mau mengaku.. dengan pengalaman yang ada.. aku perolehi maklumat yang aku kehendaki dan yang aku jangka tanpa menyentuh fizikal si anak ini walau sedikitpun!!.. memang ternyata, dia baru saja mengambil dadah jenis heroin.. stok lama!!.. dan sejarah penagihan dadah dia sebelum ini, dia memang juga mengambil dadah jenis syabu!! Kejadahnya dorang neh??.. nak sulam2 dadah pun, pilih ler yang seirama.. neh bantai morfin ngan syabu yang fungsi masing2 berlawanan, mahu tidak sekejap jah jadik weng!!.. tuh yang ganas semacam!! buduh mangkuk ayun neh!!.. kalau nak stim, kenapa ambil syabu?? kalau nak cergas dan bertenaga, kenapa amik morfin!!.. tak ker banggang!!

Maka, atas dasar kebanggangan dia yang cemerlang, gemilang dan terbilang itu, dengan ini, kami dengan sukacitanya, menghadiahkan beliau, sepasang gelang perak kanan dan kiri!!

Jangan lupa kasik balik yea!!


Moralnya??.. buat kerja bodoh berpada2.. kalau boleh, jangan sekali!!.. bukan bererti kena buat berkali-kali, tapi jangan buat langsung ok!!.. kecik2 tak mo mampus! udah besar nyusahkan orang!!.. yang paling sedih, nyusahkan mak dan keluarga!!..

Kesian makcik tuh kan??

Friday, September 25, 2009

AhKak MaSuk TV KoNoNnya

Untuk kesekian kalinya.. gue masuk tv lagik.. hehe.. yang dolo2 punya, tak nyempat nak screen shot.. kali neh nak riak boley? hehe..


ketuk ketuk 360..


Jangan pandang belakang aku.. pandang belakang baju itam jea yea.. hehe..


ini pula 999..

By the way.. bila boley masuk AF pula neh?.. huwaaaaaaaaa!! tak hengen!!

ok.. ok.. bebeh pun ada masuk tv juga.. walaupun dalam berita jah, tapi tv lah juga.. berita perdana ok!!.. hehe.. carik lah yang mana satu.. yang mana yang paling hensem tuh lah dia.. yang tak berapa nak hensem tuh, korang abai kan aje.. huwawawa.. (harap² yang berkenaan tak baca laaa hai.. hehe)


silau khenn.. haha!!


Thursday, September 10, 2009

aKu LoSt!!

haha!!.. no entry baru arr.. malas gilakkk nak update blog.. aktiviti banyak.. tapi simpan dalam folder jah lah.. cerita aku, suka ati aku nak buat apa.. nak buat tempe pun siapa nak marah!!..

Now nak sedey pun tiada guna!!.. tiket balik raya dah penuh!!.. neh dok layan yosie nyer cuti yang tak reti2 nak confirm punya pasal ler neh!!.. OC pun satu!!.. macam ler MAS tuh bapak aku yang punya boleh suka suki naik gitu2 jah!!.. tak faham2 lagi ker udah tua bangka kalau time2 raya cengini semua seat panas macam montot dia yang tak reti duduk diam tuh??.. argggghhhhh.. tolongggg!! aku dah mula nak mencarut!!.. segalanya main last minit!!.. tak reti aku buat kerja last minute neh!!.. serabut jaaaaa kepala hotak!!..

Semalam operasi!!.. rasa macam nak sepak jer mulut seorang budak perempuan tuh!!.. betul2 mulut puaka laaaaa.. dia ingat dia punya mulut puaka jahh!!.. mulut puaka aku dia belum dengar!!.. mau kang menanah telinga kalau dia dengar!!.. aku semalam tak ada mood nak mencarut polak!!.. jaga2 bulan ramadhan kata en.Zul celup!! (haha.. bapak gula2 jangan marah naaaa)..

Untuk mendamaikan perasaan.. gue main2 farm jer kat facebook tuh!!.. haahaha.. now gue MILLIONAIRE!! nak berabis shopping masa raya nanti!!.. jangan jelessssssssssssssssss

gambar farm gue.. sekadar hiasan jaa kikiki..

Sekian my merapuking untuk kali ini.. malas nak layan tension!!.. esok kerja!!

adiosssss amigossss!!

Wednesday, July 15, 2009

ToMeL

Hari neh nak tunjuk si TomeL jah.. bertawon anak2 aku pujuk nak pelihara kucing.. tapi aku tak kasik, sebab selain aku tak suka bau, aku kan ada athma.. takut jer aku sempot pepasal kang haaaa..

Ntah napa one day tuh aku setuju juga untuk carik kucing.. maka, ketemulah dengan si TomeL neh.. dah lebih kurang 2 bulan dia ngan kami.. agak happening ngan perangai dia yang mengada-ngada tuh!!..

Nak tepek gambo TomeL.. AtiQah cakap.. sajer kasik jeles Qistina!


TomeL muka monyok!..


QreL polak muka monyok!






In the house!! camera handphone jah!!



Badan TomeL memang besar.. tuh yang sedap peluk hehe..


So far tak ada bau yang tidak menyenangkan lagi.. pasir tandas TomeL bau oren you!.. Tiap 3 minggu gi mandi kat kedai.. wat grooming lagik.. gi korek telinga.. gi potong kuku.. gi berus gigi!.. (ye ke berus gigi?..) hahaha!.. ala2 kucing high maintenance gak dia neh..

TomeL jugak tak mo makan ikan goreng atau ayam goreng atau apa2 makanan yang ada atas meja makan tuh.. walaupun makanan terdedah.. walaupun makanan tuh kasik kat dia!.. dia nak makan makanan dia jah!.. brand IAMS.. dia neh.. kalau gi mana2 atau lari dari rumah, memang mati kebulur ler dia neh!..

Ahhh.. no idea lah mo tulis apa!.. itu aja kot.. adiossss..

miauuuuuuu


Sunday, July 12, 2009

PrOjeK MaLaM MinGGu

Dok mikir nak buat apa hujung minggu.. memandangkan tak ada mender nak buat, so terpikir lak nak wat kek untuk projek malam minggu neh..

Dulu2 aku memang minat gak buat kek.. ala.. kek huduh2 jah.. ntah napa, semenjak dua menjak neh, timbul balik minat buat cake.. apalagi sudah ada pembantu yang suka wat aku pot pet time buat kek tuh hehe.. so now, giliran budak 2 orang tuh kena asah buat kek.. kot2 time aku kepingin nak makan kek, boleh kerah dorang buat kek untuk aku..

Last week sudah start projek wat kek neh.. tapi ntah napa, kek bentat!.. haha!.. ekceli, bukan gak bentat.. time dah masak tuh, dah naik mengelembung pung.. excited jer tengok.. kiterang buat kek span.. sekali, gue peram dalam ketuhar time nak kasik sejuk.. sekali bawak kuar, turun lak dia.. grrrrr!.. tapi sedap gak.. abes gak ler har har har!..

So this week, kiterang buat kek lagi..

Chef hari neh, si akak.. dok gedik sangat neh nak tunjuk kat Isyu dia.. so, amik gambo ler jugak.. guna handphone baru gue.. (perlu ker kasik tau handphone baru??.. kikiki) so, jangan harap quality ala2 DSLR ye heheh..



Macam ye ye jer minah neh!


Proses mengadun.. (ye ker mengadun??.. lantak!!)


Proses mencampurkan tepung.. dah ku pesan masukkan tepung sikit2 gitu.. jangan jeles, penimbang gue, digital lagik..


Bila kek masak.. kembang dengan jayanya..


Finally.. dapat gak kek yang gebu dan sedap!!


Ok.. nak cerita sikit.. kek neh, memang simple.. tapi memang sedap!!.. Yosie yang tak berapa minat makan kek pun, pulun gak.. so, gue tau kek neh memang sedap!.. Kepada siapa2 yang rasanya nak buat kek yang mudah dan sedap, gue akan turunkan resepi kat sini..

Lupa lak nak cerita.. kek neh bukan resepi gue sendiri ye.. cilok dari buku gak.. buku yang gue beli kat kedai buku (tak kan kat kedai jual ikan kot).. setelah resepi yang gue cilok dari internet tuh tak menjadi.. gue tak salahkan resepi dari internet.. dah gue yang tak reti nak buat kot ehehe.. at last, gue beli buku panduan buat kek tuh sekali.. petua2 semualah.. baru faham pantang larang buat kek neh.. hehe..

RESEPI KEK : SUTERA VANILLA

BAHAN A:
5 biji putih telur
20g gula kastor halus
(Putar bahan A hingga gebu dan keras)

BAHAN B:
5 biji kuning telur
250 gram mentega
180 gram gula kastor
250 gram tepung kek
3 sudu besar susu pekat manis
1 sudu teh esen vanila

CARA MEMBUATNYA:

1. Putar mentega dengan gula hingga gebu. Masukkan susu dan esen vanila, diikuti dengan telur satu per satu. Putar hingga sebati.

2. Laraskan pemutar pada kelajuan rendah, masukkan tepung sedikit demi sedikit. Putar hingga sebati.

3. Masukkan bahan A, putar perlahan hingga sebati.

4. Tuang adunan ke dalam acuan yang telah disapukan lemak sayuran dan beralas kertas minyak.

5. Bakar dalam ketuhar pada suhu 180ºC selama 40-45 minit

► ► Resepi dicilok dari buku "MUDAH MEMBUAT KEK" oleh: HALIMAH SHUIB

Selamat mencuba..