Tarikh keramat ini, akan ku kenang sampai bila².. tarikh keramat mak pergi mengadap Ilahi.. tanpa sebarang pesan.. tanpa sebarang karenah.. tanpa sebarang sakit.. tanpa anak² di sisi.. :( ..
Berita yang kuterima sukar untuk dipercayai.. terasa seakan mimpi.. banyak perkara yang belum sempat aku laksanakan untuk mengembirakan mak.. mak pergi bersama kesyahduan emosi banyak orang.. mak pergi secara tiba².. mak pergi tak kembali.. mak pergi dibulan yang mulia.. bulan yang penuh keberkatan.. mengadap Tuhan yang satu..
Ahhh.. masih menitis air mata ini.. walaupun coretan ini sengaja dilewatkan dek kerana kesedihan yang tak tertahan, namun ia masih terkesan.. mungkin sampai bila².. dan yang pasti, sehingga nyawa ku masih ada.. Mak, aku masih amat² berharap ini semua tetap sebagai mimpi.. mengharap celiknya mata, mak masih ada lagi.. masih membebeli aku.. masih bertanyakan tentang cucu²nya yang dua orang neh.. masih merungut tentang adik² yang tak dengar kata.. dan masih tersenyum seperti ini..
Namun mak, aku harus terima kenayatan ini.. mak pergi meninggalkan kami.. dengan seribu teka teki dihati mak.. kadang² terfikir mungkin ini yang terbaik untuk mak.. pergi meninggalkan dunia yang penuh drama.. menjejaki ayah yang pasti mak rindui.. tak akan ku lupakan bicara terakhir kita mengenai itu.. yang mana mak seolah-olah tahu akan pemergian itu.. namun saat itu, aku sendiri menafikannya dan beranggapan itu hanya perasaan tak menentu mak sahaja.. rupanya itu adalah kenyataan yang menghambat aku mungkin sampai bila²! maafkan aku mak.. ampunkan segala dosa²ku..
Ya Allah.. tempatkanlah mak di sisi Mu.. mak amat toleransi sebagai seorang mak, mak amat setia sebagai seorang isteri.. mak amat patuh sebagai seorang anak.. aku redha mak lebih DIA sayangi.. semoga bertemu lagi di alam sana mak.. damailah mak di sana.. sehingga menunggu hari yang dijanjikan Nya.. untuk kita bersama lagi.. dan air mata, berhentilah mengalir..