Dah bersawang juga blog neh.. sibuk cuti2 raya maaaa..

Malam jumaat lepas, ada operasi.. walaupun bengkek sebab operasi malam jumaat sepatutnya operasi ber gedik2.. terpaksa redha demi tugas kekdahnya!!.. operasi bersama beberapa badan penguatkuasa lain itu tamat awal pagi.. dan seperti biasanya, pagi next day tuh aku gi kerja lewat!!..
Tapi, semedang pagi2 tuh juga time aku masih lena diulit selimut, ada call soh datang opis dengan segera!!.. duhhh!! apa cerita polak??
Cerita dia??
Ada seorang ibu tua atau lebih tepat lagi ibu tunggal yang sudah kematian suami bersama seorang anak perempuannya datang ke office mengadu ketakutan dengan anak lelaki mereka yang dipercayai seorang penagih dadah.. si anak ini sudah beberapa kali mengugut untuk membunuh emak mereka.. alangkah kesiannya seorang ibu yang sudah tua terpaksa ketakutan dan lari dari rumah kerana takut hal2 demikian!.. si ibu sudah membawa kain baju bersama dan sanggup untuk berkampung di office kami sementara menunggu anaknya itu ditangkap!!.. choi sangat ler anak itu.. kusss semangat!!.. laporan polis juga sudah dibuat.. cuma sayangnya, laporan itu RLA kepada Agensi Antidadah untuk tindakan!!..
Kronolgi cerita:
• Si ibu ada membuat aduan kepada AADK perihal anak tersebut.. aduan telah diterima dan didalam perancangan AADK untuk diambil tindakan!!..
• Belum sempat AADK mengambil tindakan, si anak mendapat tahu racangan si ibu dan mengamuk mencari parangnya (yang telah disembunyikan oleh si ibu) untuk membunuh ibunya kerana katanya, si ibu ini tidak layak menjadi ibu dan harus mati dan hidup di neraka bersama haiwan2!!..
• Si adik terpaksa melaporkan kepada polis kerana takut keadaan semakin buruk.
• Polis terlebih dahulu mengambil tindakan dengan menangkap si anak dan ujian saringan air kencing si anak mendapati dia positif dadah jenis morfin!
• Si anak ditahan di lokap (reman) selama 14 hari sehingga jumaat tersebut!
• Pihak polis gagal memperolehi keputusan urine dari Patalogi, maka dengan itu, si anak ini dibebaskan kerana sudah cukup tempoh reman 14 hari.
• Setelah keluar lokap, si anak menelefon si ibu bertanya samada si ibu berada dirumah kerana si anak hendak balik ke rumah tetapi tidak mempunyai duit tambang dan meminta si ibu menyediakan duit tersebut. Sambil itu, si anak berang kerana dia tidak di jamin dan lagi mengugut untuk 'mengerjakan' mereka anak beranak apabila dia sampai ke rumah kelak.
• Si ibu tau anaknya itu sedang dalam kemarahan melampau, dan ketika inilah si ibu bergegas mengemas baju dan apa yang perlu untuk lari dari rumah tersebut sebelum si anak tiba ke rumah..
• Si ibu ke balai dan membuat 1 lagi laporang polis dan ketika inilah laporan polis RLA ke AADK.
• Maka, tersadailah si ibu di pejabat AADK ini..
Sebagai pengawai yang akan mendakwa, aku bertanya kepada si ibu apa yang dia nak kami lakukan ke atas anak dia neh.. katanya, dia nak anak dia dihantar ke pusat pemulihan.. tetapi.. setahu aku, kalau perangai sudah kronik macam gini, sure si anak mengambil dadah jenis syabu!!.. kalau dah amik dadah jenis syabu, satu masalah nak kaitkan dan buat tahanan bawah sek.3 APD.. abes2 boleh tahan bawah sek. 15 ADB.. itu pun, kalau anak dia tuh positif dadah lah kerana sudah masuk lokap 14 hari, sure air kencing sudah clear!!.. dan sempatkah dia keluar lagi untuk cari bekalan??.. Setelah sedikit rundingan dibuat bersama si ibu dan pegawai2 AADK yang lain, kami pasrah.. kata sepakat dibuat untuk menyerbu dan menangkap si anak serta merta!!.. Kerjasama dari jiran diperlukan untuk memerhati kalau2 si anak sudah sampai ke rumah!.. Tidak lama lepas itu, maklumat diterima si anak sudah sampai ke rumah!!..

Ini dia rumah tersebut.. cantik juga rumah neh.. kesian betul kalau si ibu terpaksa merempat merata kerana takutkan si anak sedangkan ada rumah begini.. kesian kan??

Setibanya di rumah tersebut.. kami memberi salam.. hanya 3 orang pegawai yang berada di depan ini termasuk aku.. yang lain2 standby kat belakang!!.. tidak ada tanda2 orang akan membuka rumah tersebut.. kami berharap dia akan membuka pagar untuk kami samada menyangka kami ini juru jual atau kawan2 adik dia yang hendak datang beraya.. hehe.. tapi tak jalan daaaa.. jadi, adegan memanjat pagar dilakukan!!..

Setelah sampai ke halaman rumah, si anak masih enggan membuka pintu.. jadi, kami buka sendiri!!..

Sebenarnya.. keadaan ini telah dijangka, maka dengan itu, si ibu dengan rela memberikan kunci pintu rumah.. kecuali kunci pagar depan kerana kunci ini hanya si anak yang memilikinya!!..

Si anak yang tidak berbaju itu!!
Juga seperti yang dijangka.. si anak ada di dalam rumah tersebut.. apabila kami bertanyakan kenapa dia enggan membuka pintu, dia memberikan alasan dia di dalam bilik air!!.. whatever!!
Tanpa buang masa.. kami meminta si anak contoh air kencing untuk dibuat ujian saringan!!.. haaaa!! yang ini memang memakan masa sebab katanya dia tidak boleh kencing kerna baru lepas buang air kecil!!.. apa2 lah.. kami sabar jah tunggu.. kasik dia minum air banyak2 gitu!!.. yang penting, contoh air kencing mesti diperolehi.. positif ka, negetif ka, belakang kira.. yang penting, kami menjalankan tugas dengan mengambil tindakan yang sepatutnya!!..
Finally.. contoh air kencing kami perolehi.. dan hasilnya??

Dia positif dadah jenis morfin!!
Mula2 memang ler tidak mau mengaku.. dengan pengalaman yang ada.. aku perolehi maklumat yang aku kehendaki dan yang aku jangka tanpa menyentuh fizikal si anak ini walau sedikitpun!!.. memang ternyata, dia baru saja mengambil dadah jenis heroin.. stok lama!!.. dan sejarah penagihan dadah dia sebelum ini, dia memang juga mengambil dadah jenis syabu!! Kejadahnya dorang neh??.. nak sulam2 dadah pun, pilih ler yang seirama.. neh bantai morfin ngan syabu yang fungsi masing2 berlawanan, mahu tidak sekejap jah jadik weng!!.. tuh yang ganas semacam!! buduh mangkuk ayun neh!!.. kalau nak stim, kenapa ambil syabu?? kalau nak cergas dan bertenaga, kenapa amik morfin!!.. tak ker banggang!!

Maka, atas dasar kebanggangan dia yang cemerlang, gemilang dan terbilang itu, dengan ini, kami dengan sukacitanya, menghadiahkan beliau, sepasang gelang perak kanan dan kiri!!


Jangan lupa kasik balik yea!!

Moralnya??.. buat kerja bodoh berpada2.. kalau boleh, jangan sekali!!.. bukan bererti kena buat berkali-kali, tapi jangan buat langsung ok!!.. kecik2 tak mo mampus! udah besar nyusahkan orang!!.. yang paling sedih, nyusahkan mak dan keluarga!!..
Kesian makcik tuh kan??
