Tuesday, May 17, 2011

HoBi BaRu.. MaMpu Kah?

Ari tuh.. in charge jaga pegawai² yang jaga pameran (berapa kali jaga daaa).. terpikat ngan motor antik neh.. lagi, gedik nak try.. kikiki.. tapi masih kontrol ayu laaa.. memang rasa nak duduk kangkang jah situ baru gedik maksima!!.. tapi, malu seyy!! baju tu lar tak sesuwei gitu..

Kaedah nya mao tukar hobi baru.. tapi persoalan paling besar.. mampukah?.. Rasa-rasanya mampu.. mampu verangan.. hehe..

Pas tuh, ada pula yang gelak katanya apa kelas nak racing cengitu.. ada peluang makan asap jah.. yang penting, gediksss ok! shentekkk helmet ai khennn..


ngeeee.. haaa ambikkk.. mengeletis lagik..

Bila kena kutuk² its too old fashion, gue merajuklah kan.. dan dan tuh gak balik rumah terus surf internet cari pusat racing terkemuka.. haaaa.. acik google memang curlastt.. kasik satu lokasi, gue terus naik basikal ke lokasi kejadian.. pay and race.. fefeeling fast and furious pie (sebut five) lagik.. hik hik.. memang gerek nokss!!


wahhh.. gituuu.. berhemah helmet neh tau..


nape mata daku macam juling eh?.. ahaha.. adehh.. fokus tuh beb!! fokus!!


Indahnya verangan khennn?.. haha.. biar lah.. free jah verangan kata kak min.. bukan kena bayar pun.. kikiki.. kau mampoo?


Saturday, April 09, 2011

BenCi TaPi RinDu

Apakah kejadian yang boleh menyebabkan korang benci tapi rindu pada seseorang??.. haaaa.. aku kan.. kan.. kan.. benci tol kalau bebeh ada kes bebesar.. mesti pas tuh dia bz tak hengat punya.. menci!! menci!! menci!! (bajet benci manja).. dan time tulah aku gegedik nak rindu²an bagai.. yea lah.. time cengini lah tak tergamak nak suruh itu ini.. nak suh beli itu.. nak suh beli ini.. tak sampai hati kekdahnya..

Ini kes terbaru.. biasalah pekan koboi.. nak gaduh jah, tembak².. nak bunuh jah, tembak².. pistol merata² kot sini neh kan??.. dah lah.. cakap banyak pun tak guna.. huhu.. menciiii!!

Keratan akhbar..

Sunday, March 06, 2011

CePatnya 2011

Cepat benar masa berlalu.. teramat cepat.. sekarang sudah diawal march 2011.. macam-macam hal berlaku.. aku tetap macam gitu.. kadang-kadang, sukar untuk menjadualkan kegiatan secara rutin.. terlalu banyak pertukaran jadual pada saat-saat akhir.. aku layan kan aje..

Kalau boleh, nak meriahkan balik blog tersayang neh.. terlalu sepi dengan new entry.. apakah mampooo??

Saturday, January 15, 2011

KeMaLanGan TiDak BerBau

Memang lah kemalangan tidak berbau.. sebab kalau berbau, tak kaya lah tokey² bengkel.. sebab kurang kemalangan yang berlaku.. sebab orang dah boleh elakkan kemalangan sebab terhidu bau kemalangan.. aku pun tak tau berapa kali perkataan 'sebab' yang kena ada..

Kadang².. kita dah cukup hati² ketika memandu.. tapi pemandu² lain yang tidak berhati² masih ramai yang tak sedar diri.. sekiranya terjadi kemalangan, dan dia sendiri yang kena tak apa juga, neh abis orang yang tak bersalah pun terlibat sama.. bengkek ohhh!!..

Hari tuh, perkara yang sama berlaku pada kreta ai (baca kami).. Vios ngan Vios berhentam, Stream kena terlibat sama.. huwaahhhh!! sakit hati seyy!!..


Dari depan macam ok jah..


Dari belakang sedey gak kan..


ahkak pidah kite neh cumei jah.. haha!! tuh yang jalan makin jem tuh.. kikiki..


Kira ok lah boleh claim insuran incik Vios.. kalau tak, meroyan acik esok hari beli kereta baru kekdahnya.. hehehe.. So, berhati-hatilah ketika memandu.. ingatlah orang tersayang dan duit yang tersayang tuh.. susah oh cari duit!!

Saturday, June 12, 2010

Eerrr.. errr.. Macam Mana Yea?

Hehe.. tarak apa nak tulis laaa.. datang nak cleaning jah.. debu² bertaburan specially bahagian comment.. semenjak dua menjak neh banyak betul oh spam² bertaburan.. macam mana nak buat cleaning eh?

Banyak juga suka duka 2010 yang berlaku.. tapi tak sempat tulis kat blog syok sendiri neh.. nak buat macam mana kan.. dah busy tak hengat.. rasa²nya, coming soon, akan lebih boleh tahan busy tuh yea coz ada commitment baru yang menyusul.. agaknya saja lah.. hehe..

Wow.. first entry 2010 rupanya neh.. haha!! jangan jadi yang last.. sudah!!..

Friday, November 20, 2009

CeRiTa UPSR

Sekirannya ada antara entry aku kali ini ada menyinggung perasaan mana-mana pihak, terlebih dahulu, ingin aku memohon seribu kemaafan.. tidak berniat untuk menyindir sesiapa atau mengkritik sesiapa.. hanya sekadar melontarkan pandangan yang kabur-kabur ini..

Tahun ini, my doter antara beribu orang murid yang mengambil peperiksaan UPSR.. semalam, 19.11.2009 keputusan UPSR diumumkan.. ntah ler.. aku releks saja.. bukan konfiden, tetapi tidak mengharap!..

Bercakap pasal persediaan my doter, dia tidak pergi sebarang tusyen.. bukan dia tidak mintak, tapi aku yang tidak kasik.. bukan kerana aku kedekut ka apa, atau tidak percaya pada cikgu yang beri tusyen tersebut, tapi aku tidak percaya pada my doter sendiri.. dia ini, jenis yang suka bercakap.. bercakap!! bercakap!! bercakap!!.. jadi, kalau dia pergi tusyen, aku yakin, dia tidak akan fokus!! melainkan bercerita sahaja!!.. at the end, nanti aku fikir dia sudah mantap!! sedangkan.. hasilnya nan hado!!

Pun demikian, tidak ler aku biarkan dia terkontang kanting seorang diri.. yea!! hampir pitam juga mengajar dia neh.. umum mengetahui, aku neh kan garang dan agak panas baran.. jadik bila mengajar subjek matematik, muka aku selalu merah padam!! hehe!!.. aku ajar satu-satu dan step by step apa yang dia tidak faham!!.. satu-satu ok!!.. sampai dia faham kalau aku terbalikkan soalan!!.. atau kalau aku sengaja memberikan jawapan yang sedikit salah!!.. aku tidak pernah tekan my doter untuk dapat 5A!!.. bagi aku, apa yang dia dapat, itu lah rezekinya..

Itu serba sedikit pasal anak aku!!.. yang aku nak cakap, bukan pasal anak aku.. tetapi, pasal upacara penyampaian slip keputusan UPSR sekolah anak aku!!.. Secara ringkasnya, sekolah my doter neh, target 100 pelajar yang akan mendapat 5A.. dan pencapaian tahun neh melebihi target dan pelajar yang mendapat 5A adalah 102 orang.. mungkin kerana terlalu gembira atau apa, maka, slip diberikan ala2 penyampaian hadiah dimana pelajar2 tidak tahu keputusan yang mereka perholehi.. mereka naik ke pentas setelah nama dipanggil.. dan menerima slip di atas pentas sambil disarungkan selempang kuning yang tertera besar nombor dan abjad "5 A"..

Perkara itu telah menjadikan seolah upacara gilang gemilang.. anak-anak mana yang tidak teruja??.. mak bapak mana yang tidak berdebar?? setiap murid untuk setiap kelas disuruh beratur diluar dewan dan pelajar yang diumumkan nama saja yang akan masuk dan naik ke pentas.. sedangkan, kita tahu, bukan semua untuk setiap kelas yang akan mendapat 5A.. maka, apa jadi dengan pelajar2 yang tidak mendapat 5A??

Apabila diumumkan kelas my doter hanya 3 orang sahaja yang mendapat 5A, aku memang sudah kosong harapan yang my doter akan mendapat 5A.. sebab dalam exam biasa atau ujian, dia hanya berlegar-legar disekitar top 4!! Terngiang2 nama my doter dipanggil.. untuk memastikan itu nama dia, aku tunggu my doter bergerak dari barisan kelas dia.. yea aku agak bangga juga.. tapi masih tetap menten cool!!.. syukur ku panjatkan secara diam..

Selepas my doter mengambil slip dan dipakaikan selempang kuning tersebut, kami bergerak ke luar depan dewan.. di situ, berbagai aksi sedih yang boleh kita lihat.. aku yang dikenali lokek air mata ini, bergenang juga!!.. sedih tengok adik2 yang tidak berjaya mendapat 5A menangis sambil dipujuk oleh parents masing-masing.. cetusan perasaan hampa itu dari mana??.. memang gagal mendapat 5A, atau gagal membuatkan parents bangga melihat anak mereka naik ke pentas??.. sebab, aku ada terdengar salah satu bisikan dari pelajar terbabit yang gemersik menusuk telinga berkata.. 'sorry mama.. xxx tak dapat naik pentas!!'.. dalam hati tersentak.. "what?" dan aku diamkan saja!!..

Aku ucapkan tahniah kepada kawan2 'group study' my doter.. aku peluk cium mereka.. yang gagal mendapat 5A pun aku peluk cium meraka sambil mengucapkan kata-kata semangat.. kali ini, aku tak tahan titisan air mata yang keluar.. yea aku sedih.. sedih kerana mereka tidak bergembira macam yang lain-lainnya.. aku tengok, my doter pun senyap saja.. mungkin dia sedih sebab kawan rapatnya ada yang gagal mendapat 5A.. aku jumpa cikgu2 dan bersalam dan berterima kasih kepada mereka kerana membimbing my doter selama ini.. aku peluk cium juga cikgu-cikgu tersebut.. hari semalam, memang hari peluk cium.. bila ternampak seorang budak lelaki yang agak macho kelihatannya, yang juga menangis, aku rasa nak peluk cium juga.. nasib baik tak nampak bapak2 yang ala2 nak menangis gituh.. kalau tidak, aku akan peluk cium juga!!.. ahaksss!!

Nah.. sudah dua kali aku hampir2 lari tajuk.. pendek kata, apa yang aku cuba sampaikan, tidak perlu terlalu menonjolkan mereka yang hanya mendapat 5A saja.. hingga yang mendapat 4A 1B seolah-olah gagal sama sekali!!.. apa lagi mereka yang mendapat 3A.. yang kurang dari itu tidak usah cerita lah.. seolah tidak ada keraian untuk mereka.. walhal, kalau ikut saikologinya, mereka2 yang mendapat 4A 1B ini yang perlu di beri perhatian lebih kerana bunga2 perasan kesal sudah ada dalam hati mereka!!.. kenapa 4A?? why not 5A??!! kan??
Apa-apa pun.. ampun dan maaf dipinta andainya ada pihak2 yang terasa.. kepada cikgu2 kat sekolah SKBU2, jutaan terima kasih saya ucapkan atas jasa baik cikgu2 mengajar anak2 saya.. jasa mu tetap saya kenang hingga bila-bila..

Kepada adik-adik dan ibu bapa yang anak2 mereka berjaya, tahniah diucapkan.. dan kepada yang kurang bernasib baik, tingkatkan usaha.. ini baru permulaan.. esok sentiasa masih ada untuk mu..

Dan kepada my doter.. tahniah atas kejayaan kali ini.. ingat!! this is just beginning.. masih banyak dan luas lagi jalan dihadapan yang perlu diterokai.. jangan sekali2 lalai.. Umi sentiasa mendoakan yang terbaik untuk mu..


my doter.. tahniah.. :)

my doter n fren

Lihatlah situasi ini.. bergambar untuk kali akhir.. mana budak2 lain?? Langsung dilupakan.. memang aku tak dengar mereka dipelawa.. jurugambar berbayar fail!!


my doter menyelit di tengah-tengah.. kecik jah orangnya.. hehe.. yang tidak berselempang hanya menempel di tepi.. :(


yang tidak berselempang hampir-hampir tidak kelihatan.. :(


note :~ sengaja tidak bawa camera dslr itu.. entah kenapa!!.. bila bawa camera compact, di tengah-tengah hari panas, memang panas hati kan??

adios!!

Friday, October 30, 2009

SeLaMat Dah..

Untuk cover diri dari malas, saje nak update entry sebelum neh..

Yeaaaa.. anak makcik itu telah selamat dengan cemerlang masuk ke

Universiti Tampoi Malaysia petang tadi..

Sekian..


Note : Rajinkan aku update blog pepagi buta neh??.. huwaaaaaaaa!! esok pagi meeting!!.. malasssssss!!