Saturday, May 13, 2006

► Berakhirnya Satu Penantian Keramat ◄

Finally.. minggu ini, pada seawal tarikh 12/mei/2006, maka, berakhirlah satu penantian keramat yang selama ini membelenggu rasa dan perasaan.. berakhirlah teka teki yang menghimpit benak akal waras untuk merelakan takdir.. dia hadir juga dengan satu rahmat.. dengan membawa seribu janji2 indah kehidupan lebih bererti esok hari.. semoga kehadiran mu, menguatkan semangat yang sedia kental.. untuk menghadapi hari esok dengan penuh tekad memperkasakan diri dan juga orang2 tersayang..

Maka, bermulalah aku mengatur langkah bersamanya meniti hari2 mendatang.. sebagai sebuah janji yang akan dimeterai.. sebagai satu hamparan harapan.. semoga ianya kekal diberkati..

Aku masuk juga di dalam arena itu.. arena yang selama ini menjanjikan keselesaan kecil.. yang akan disyukuri sebagai pemberi nikmat.. hati dan naluri.. semoga di dalamnya aku mampu berdiri.. membina keyakinan diri untuk menjadi seorang yang memberi khidmat diri.. kepada anak jati.. kepada putera dan puteri.. berbekalkan intergriti.. yang akan dipergagahi..

Wahai arena, terimalah aku seadanya aku.. berilah peluang untuk aku berbakti.. menyelusuri duri2.. berbekalkan ilmu dan tekad.. menyumbang bakti dengan peluh keringat.. kerana di dalam mu aku mengenal diri.. memperbaiki masa depan bangsa.. demi keutuhan maruah.. dan keselamatan anak bangsa..

Nah.. pintu mu ku ketuk dengan rasa bangga! Semoga hadirmu dan hadirku memberi seribu makna!

0 Ketukan Keyboard Lain: