Tuesday, July 04, 2006

» Sabah DiAnakTirikan? «

Mungkin kerana kemarin aku dah banyak tido, maka, malam nih, susah pulak aku nak tido.. lagipun, aku belum berkemas untuk lapor diri pagi nih ehehe.. so, dalam kebosanan itu, aku melayari jugak net ini.. mcm biasa, first site yang aku jenguk adalah kat forum dan banyak posting yang mengingatkan aku tentang negeri kelahiran aku iaitu Sabah..

Apabila membaca rasionalnya kenyataan itu di sini maka, aku ada tanggapan aku sendiri tentang kebenaran kenyataan itu.. yea lah.. pergolakan politik sabah yang lama, yang mana masih timbul akibat dari impak tersebut, makin terserlah sekarang dengan fenomena kebanjiran pendatang yang ber mykad dengan mudahnya.. isu yang panas juga sekarang ini.. bila mana negeri Sabah amnya diketahui paling ramai penduduk yang bukan beragama islam, maka, pendatang2 ini diberi keistimewaan kad pengenalan untuk mengundi demi mengimbangi jurang2 yang kurang itu.. impaknya? kan di rasai hingga hari ini..

Kenapa aku percaya Sabah dianak tiri?.. selain dari faktor sedikit di atas, nampaknya, negara lebih berminat untuk memberi liputan meluas terhadap perkembangan artis daripada mengkhabarkan apa2 berita dari negeri itu.. Pergolakan rumahtangga Erra Fazira n Yusri, begitu hanggat diperkatakan.. dan tak pernah sunyi dari kontrovesi penyanyi Mawi.. dan MELATOP (mcm kata velvet af4) kemarin apabila di katakan kununnya Mawi dah putus tunang.. tidak cukup dengan liputan dari akhbar perdana, masuk pi buletin utama pulak!!

Apabila satu dari daerah kecil Sabah mengalami kejadian ribut petir dan puting beliung hebat, mana berita yang mengatakan atau memperkatakan hal itu?.. kami anak2 Sabah yang terdampar di tanah Malaya ini, tidak tahu menahu akan perkembagan negeri itu apalagi mushibah atau apa2 hal pun yang berlaku di sana kalau tidak melalui perhubungan dengan saudara mara..

Antara gambar2 yang terdapat semasa kejadian ribut yang berlaku di kudat dan hanya di dapati melalui kawan2 yang share foto2 ini:







Dan aku percaya.. masih ramai jugak rakyat Malaysia khasnya dan rakyat Sabah amnya yang masih tidak tahu apa2 yang berlaku di situ.. Untung tidak mengorbankan sebarang nyawa.. andaikata sahaja ada korban yang terjadi, apakah ianya juga akan sesenyap itu? Persiapan untuk langkah berjaga-jaga langsung tidak ada!! Tak apalah.. mungkin nyawa rakyat Sabah memang tidak bernilai untuk di ambil perduli..

2 Ketukan Keyboard Lain:

blackpurple @ jowopinter said...

Aku tak pernah menjejakkan kaki ke Sabah lagi....Kesian aku.....

AnnDee said...

blackpurple, pi lar sabah nun.. best bah hehe..

bing.. gitu ler adanya.. sian kan? :(