Perlu proaktif perangi salah guna dadah
SAYA masih menyimpan keratan muka depan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 14 Oktober 2005 yang bertajuk AADK beku dan tidak kreatif punca program antidadah kurang berkesan. Pada 25 Jun 2007 tajuk muka depan akhbar New Straits Times ialah Impotent NADA, three years after being gazetted, NADA lacks power to act.
Walaupun diberi penjenamaan semula dari ADK kepada AADK, tetapi AADK yang masih lemah, umpama mempunyai gigi tetapi tidak boleh menggigit.
Baru-baru ini, Perdana Menteri sendiri kesal dengan usaha membanteras dadah hingga ke akar umbi masih kurang berjaya.
Bertitik tolak dari inilah, pada pendapat saya AADK perlu mengorak langkah berfikir di luar kotak untuk merencanakan kaedah yang paling terbaik menangani masalah ini sama ada dari segi penguatkuasaan, pameran antidadah, rawatan dan pemulihan dadah, pencegahan umum dan pencegahan awalan.
Lebih-lebih lagi, saya difahamkan AADK mempunyai pegawai tinggi berkelulusan kedoktoran dan profesor, pada pandangan saya telah mampu memgorak minda masyarakat supaya menjauhi dadah.
Tahun 2015 tidak terlalu lambat lagi untuk kita lalui. Sekiranya, tiada suatu langkah yang berkesan dapat kita temui, masalah penagihan dadah sukar untuk kita capai.
Kita jangan berseronok sendiri dengan program pencegahan bersifat ceremonial tetapi apabila selesai majlis tersebut, penagih dadah muncul di sekeliling kita. Cadangan saya, kita perlu ada satu pelan tindakan yang padu untuk mencapai negara bebas daripada dadah pada tahun 2015.
Contohnya, satu bengkel perlu diadakan bagi membincangkan hala tuju AADK dan negara-negara yang telah berjaya menangani masalah dadah perlu dijadikan sebagai penanda aras.
Dua agensi penguat kuasa dalam membanteras dadah adalah Jabatan Narkotik PDRM dan AADK. Pihak PDRM perlu menjalinkan persepakatan yang bijak dalam membanteras masalah ini.
Pihak PDRM janganlah memandang satu persaingan yang tidak sihat apabila tugas penguatkuasaan diberi kepada AADK.
Saya difahamkan pihak PDRM enggan memberi kerjasama dan memberi latihan kepada pegawai AADK. Contohnya, latihan penguatkuasaan kepada staf AADK hanya dijalankan oleh pesara polis.
Malah, ada kata-kata sinis yang meminta AADK menyediakan lokap sendiri apabila tugas penguatkuasaan dilakukan sepenuhnya oleh pegawai AADK.
Akhirnya, AADK perlu melakukan rombakan secara besar-besaran dari segi visi dan misinya dan PDRM perlu menjalinkan persepakatan yang strategik dalam usaha membebaskan negara kita daripada dadah.
– RASHIDI,
Alor Star.
Kedah.

1 Ketukan Keyboard Lain:
Betul tu, masa kursus dua minggu diSungkai, kebanyakkan penceramahnya terdiri dari bon2 pencen. Kira oklah tu.
Yang best penceramah bergitar BPR, budak Radzi anak Omar tu. Mesti ingat sampai bila2.
Dah p berkursus pengkuatkuasaan ke belum? Mesti muscle Anggeriq berketul2 punya lepas p kursus kat sini, lol!
Post a Comment