Friday, August 31, 2007

>> MerDekaaa!! <<

Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke- 50 tahun aku ucapkan kepada negara ku yang tercinta.. juga termasuk diri aku hehe.. semoga tahun-tahun berikutnya, negaraku yang tercinta ini sentiasa aman dan sentosa..




Bila berkata mengenai merdeka, ramai ler di sana sini orang memperkatakan tentang kemerdekaan minda.. ramailah yang bertanya.. "merdekakah minda kita?" tho'.. jawapan ini ada pada diri masing-masing.. pun demikian, rata-rata rakyat malaysia memang lah masih di jaja mindanya.. dari segi apa? sendiri mau ingat lar!!

Aku pulak macam mana?.. Merdeka kah aku?.. Merdeka kah aku dari segala kelukaan semalam? Nampaknya, tidak semudah itu melupakan detik-detik sedih dalam hidup kita.. orang kata, memang mudah memaafkan.. hanya sukar melupakan.. cuba bayangkan pula macam mana parajurit kita yang berjuang demi kemerdekaan itu melupakan kisah-kisah sedih mereka semasa berjuang menentang penjajah dulu.. bukan sekadar titisan air mata, malahan juga, titisan darah sahabat handai tercinta, keluarga tersayang dilihat sebagai satu tanda yang mungkin kesannya sampai sekarang..

Hari-hari mendatang, aku harapkan juga hati dan jiwa aku ini merdeka dari kelukaan semalam.. semoga aku terus memandang ke hadapan tanpa menoleh sejarah semalam kerana jiwa aku juga ingin merdeka!!

Merdeka!! merdeka!! merdeka!!

0 Ketukan Keyboard Lain: