Sunday, October 07, 2007

>> Kenapa Tukar? <<

Ramai yang tanya kenapa aku tukar url.. sebenarnya, tak larat nak layan orang gila yang asyik mengekori kemana aja aku pergi.. apa yang menyebabkan begitu aku pun tak tau.. kalau betul tak puas hati, berhadapanlah dan selesaikan masalah tuh dengan jelas.. jangan asyik spam dan buat komen yang bukan-bukan di seluruh akaun aku!! letih ahkak nak mendelete.. ahkak bukan banyak masa pun nak layan benda-benda bodoh neh.. dulu2 blog terpaksa delete kerana mender yang sama.. tapi sekarang, tak larat nak delete2 lagik..

ikut ler nak wat apa aku tak kesah!!

Kepada yang berkenaan tuh, go!! and get a life!!



hikssss!!

Tuesday, October 02, 2007

>> Happy Birthday Atiqah <<

Tambah setahun lagi umur anak aku neh.. semakin membesar kaedahnya.. semakin berat cabaran menjaganya.. setiap kali mengikuti kes arwah Nurin, semakin aku merasa sayu dalam hati.. tak terkata aku dengan kejadian tuh.. sungguh menyayat hati.. simpati dan salam takziah aku untuk keluarga arwah Nurin..

Tak banyak yang hendak dipaparkan.. sambutan pun ala kadar ajork anak beranak.. kek pun beli yang segera jer hehe.. len kali arr kalau nak sambut bagai..

Daripada umi, ayah dan adik untuk akak..

Semoga panjang umur dan murah rezeki.. rajin-rajin belajar ye..


Kek beli yang dah ready aja.. janji adoo kikiki..


Semoga semuanya ok ok belaka..

Friday, September 21, 2007

>> Aku & Kesibukan <<

Di bulan ramadhan ini.. sama juga macam hari-hari biasa.. bz tak habis-habis.. entah ler bila gamoknya hari yang tak bz ek.. ada-ada ajer perkara berbangkit yang kena settle segera.. tak kira ler hal kerja ka, hal peribadi ka, pokoknya, macam-macam hal..

Pun demikian, ada pulak lagi stupid moron yang perasan aku nih sibuk nak pipping her.. macam ler aku ada masa!! nak tidur pun kena bujet masa.. ini kan pulak nak sibuk hal dia.. lantak pi lar, nak mati ka, nak idup ka, nak melintang ka, nak mujur ka, bukan hal aku pun, tak der kena mengena.. kalau nak perasan, jangan ler nyusahkan orang key!!

Oh btw.. aku tetap menten aku ler hikss.. tak der banyak mender nak cerita.. aku pun actually tak tau yang mana satu patut aku cerita coz semua macam sama aja!! sibuk pasal kerja, kerja dan kerja.. hangen gak bila orang kata orang kerja gomen nih tak dok kerja, walhal, kitarang, huishhhhh!! citer pun tak guner!!

untuk selingan..

Selasa lepas, buka puasa kat rumah ayah pa.. tatau nak cakap apa.. dan yang kelakar, tak tau nak makan apa!! rasa semua nak makan, tapi, macam biasalah, kalau bulan puasa nih, waktu berbuka aku bukan aku selera nak makan banyak pung.. ala kadar aja.. selebihnya, jamu mata ajork!!

antara lauk pauk yang ada.. aku pun tak tau aku nak makan apa..

nih haa anak dara aku.. walaaa ahkak dah beso rupanya.. bila sendirian menyorot kenangan, rasa cepat masa berlalu.. rasa ngeri ada juga kadangkala bila memikirkan masa depan mereka yang aku rasa mesti penuh dengan cabaran..


Aku rasa, aku akan menten bz memandangkan jadual yang padat.. banyak lagi persiapan yang perlu di lakukan.. tahun nih raya we all akan balik Sabah.. yeahaaaaa dekat 3 tawon aku tak balik.. hiksss.. dan insyallah.. hujung minggu nih nak balik Kelantan untuk melawat Ma yang khabarnya tak sehat.. yea lah.. dah raya nih tak dapat balik, so, kira visit Ma dulu sebelum balik Sabah nih..

Semoga semuanya o.k..

Adioss amigosss

Thursday, September 13, 2007

>> Selamat Menyambut Ramadhan <<

Nothing much to say.. bz tak habis2..

To all reader and my friends,


SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN.. SEMOGA SEGALA USAHA, AMALAN DAN DOA KITA DIBERKATI DIBULAN MULIA INI..

AMIN..

Friday, August 31, 2007

>> MerDekaaa!! <<

Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke- 50 tahun aku ucapkan kepada negara ku yang tercinta.. juga termasuk diri aku hehe.. semoga tahun-tahun berikutnya, negaraku yang tercinta ini sentiasa aman dan sentosa..




Bila berkata mengenai merdeka, ramai ler di sana sini orang memperkatakan tentang kemerdekaan minda.. ramailah yang bertanya.. "merdekakah minda kita?" tho'.. jawapan ini ada pada diri masing-masing.. pun demikian, rata-rata rakyat malaysia memang lah masih di jaja mindanya.. dari segi apa? sendiri mau ingat lar!!

Aku pulak macam mana?.. Merdeka kah aku?.. Merdeka kah aku dari segala kelukaan semalam? Nampaknya, tidak semudah itu melupakan detik-detik sedih dalam hidup kita.. orang kata, memang mudah memaafkan.. hanya sukar melupakan.. cuba bayangkan pula macam mana parajurit kita yang berjuang demi kemerdekaan itu melupakan kisah-kisah sedih mereka semasa berjuang menentang penjajah dulu.. bukan sekadar titisan air mata, malahan juga, titisan darah sahabat handai tercinta, keluarga tersayang dilihat sebagai satu tanda yang mungkin kesannya sampai sekarang..

Hari-hari mendatang, aku harapkan juga hati dan jiwa aku ini merdeka dari kelukaan semalam.. semoga aku terus memandang ke hadapan tanpa menoleh sejarah semalam kerana jiwa aku juga ingin merdeka!!

Merdeka!! merdeka!! merdeka!!

Saturday, August 25, 2007

>> Beres!! <<

Lega rasanya bila program yang kita anjurkan tuh selesai dengan jayanya dan dengan lancarnya.. walaupun hari hujan, dan program terpaksa ditunda dan lewat 2 jam, perjalanan program lepas itu berjalan dengan lancarnya.. syukur..

Serba sedikit untuk kenangan.. kalut nyer pasal, tak sempat bawak kamera.. blasah ngan kamera handphone ajerk..



antara hadiah dan cenderahati yang ada..


lagi..


tak cukup space punya pasal, abis opis dak nih jadik mangsa..


gotong royong packing goody..


Keadaan padang kawad dipagi hari yang hujan..


suasana khemah meja makan VIP..


ketibaan rombongan Kembara Merdeka.. hujan siot.. hikss.. ok gak.. sekurang2nya, tak der ler berpanas..


lagi.. khabarnya ada lebih 60 buah kereta.. atau lebih tatau!! aku tak kira..


Antara kereta dari rombongan yang aku suka tengok.. shantik..


mamat nih pun ada gak..


Tampin, Negeri Sembilan.. Johan.. tahniah..


Muar, Johor.. Naib Johan.. tahniah gak..


Selangor.. team kiterang.. tempat ketiga ajerk.. boleh ler.. mistake sedikit masa lapor keluar baris.. aku faham feeling korang.. dengan family dok luar.. tapi korang memang best.. cayookkk..


lagi..


dan lagi.. hehe.. tuan rumah kena ler banyak sket gambo..


Laporan lain? tak dok hehe.. pendek cerita, everything ok.. masalah kecik tuh biasaklah.. tapi tak der ler ada kejadian yang membengkekkan perasaan.. orang lain aku tatau ler.. pokoknya, dari awal program yang bermula jam 8.00pagi hingga acara selesai kira-kira jam 4.30petang, kira tak der stop, tapi kiranya semua happy ler kan..

Akhir kata..