Saturday, August 26, 2006

» Weekend Ku DisabOtaj «

Hayaaaa!! weekend aku kali nih rasa macam disabOtaj ler pulak.. rasa macam ralat jer kalau weekend aku dikacOo!.. aku rasa macam nak hangin satu badan jerk bila aku dapat tau aku kena hadir seminar start friday to sunday.. walaupun seminar diadakan di Sunway Resort Hotel & Spa, dan kami diberikan bilik hotel taraf 5 bintang tuh.. aku tak rasa mcm best pun coz rumah aku ler syurgaku..

Aiseymen.. tu alasan sampingan jer.. alasan sebenar?.. aku dah tak leh dah jauh2 dari yoshie.. ahaksss!!.. bila masa lak aku jadik romantik nih?.. so, aku berulang jerk.. bukannya jauh sanggat pun.. cuma jem jer ler boleh tahan.. lagipun, Yoshie sanggup hantar aku dan jemput aku balik.. nak harapkan aku drive, alamat aku tembus ler kat Kuantan karang har har har.. harap2 weekend nih, tak der ler jem yang teruk.. jadi, tinggalah Muni sOrang2 dalam bilik itewww..


Bilik kami.. aku dan Muni.. nak jerk aku suruh Muni pi bilik lain dan aku bermalas-malasan di bilik nih ngan Yosie..


View dari dalam.. beso2 bilik nih pun, finally.. Muni tinggal sOrang2 jer.. pepandai ler nak idup yeaaa.. jangan nakal2 tawww..


Suasana lobby..


Peserta seminar sedang minum petang.. kiterang bukan takat minum dan tuh.. dah tahap melantak dah wakakaka.. apa lagi jumpa geng2 lama.. semua buka citer pasal tempat masing2.. bOrak pasal perkembangan yang tak pandai2 nak kembang..


Wet World Sunway Lagoon Theme Park.. view dari ruang rehat bilik seminar.. rasa nak bawak jerk Atiqah n Aqrel pi situ.. sure suka sakan anak2 aku jumpa air nih..


Yang nih pulak.. view dari lobby luar bilik kami.. rasa nak mandi manda lak tetiba.. seb baik hujan..


Sajer nak ambik keadaan jalanraya masa nak balik.. aku tak pi dinner malam nih.. lepas talk abis jerk jam 4.30pm, sembang ala kadar ngan kengkawan lain, aku blah balik umah kira2 jam 6.00pm.. jalan pun masih jem lagik..


Aku rasa kan, macam membazir jer jabatan hantar kami pi seminar nih.. dah lah talk kami tuh, hari nih cuma 1 1/2 jam jer.. esok pulak, pagi 1 1/2 jam gak.. petang just 2 jam.. same with sunday nanti.. just 1 jam 1/2 aje! dah ler tu.. semua benda tuh kami dah pun belajar masa kursus hari tuh.. bahagian latihan nih, macam tak tau jerk mender apa dOrang buat nih.. kacau stim aku jerk nak rehat hujung minggu tak berbalOi sungguh.. abis baik pun nanti, aku jerk.. tuh pun, kalau idak ler.. hOhOhOoo.. siapa nak marah?.. hahaha.. kalau nak marah pun.. aiman tak kesah..

wOOkey ler.. itu aja ler duluk untuk kali nih irama keyboard usang aku nih beralun.. hehe.. mOga kat nun Muni mimpi best2..

adiOOOsss n peaceee

Monday, August 21, 2006

» Aku & Romantik «

Aku sendiri pun tak reti nak mula kat mana.. Ada orang cakap, aku nih tak romantik.. ehehe.. yer ker?.. aku tau ler aku nih memang kurang romantik.. yea lah.. dah aku macam tuh.. memang ler jadik macam tuh kan?.. aku pernah jugak cuba-cuba nak jadik seorang yang romantik, tapi aku rasa, macam gedik jer.. ewww.. tak larat sungguh.. and even tho'.. aku rasa, aku nih, tak der ler tak romantik langsung.. cuma mungkin, kureng romantik ler kot..

Jadi hari tuh.. aku terfikir lah jugak kan nak belajar2 romantik nih hehe.. memula, aku nak try tulis sajak2 yang romantik2.. tapi tak reti2 nak jadik.. sudahnya.. aku search kat internet cara2 nak tulis something yang kununnya romantik.. pagi sabtu tuh, sepagian tuh, memang keje aku carik nate tuh jerk ler.. sudahnya, aku jumpa macam-macam falsafah cinta dan ini di antaranya..

Minat bukan bermaksud cinta, bangga bukan bererti cinta, kagum juga bukan bermaksud cinta, dan suka juga tidak serasi dengan cinta, malah sayang pun bukan cinta. Tetapi, cinta itu adalah cinta.. dan.. Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.


So why aku nak jadik orang lain dengan menjadi seorang yang romantik? .. hmmm..

idea?

idea?

Photobucket - Video and Image Hosting

Aku terus mencari dan mencari.. yang nih aku dapat dan aku tak ingat samada dari Khalil Gibran atau dari Hamka.. tapi menarik perhatian aku gak..

Bukan dikatakan cinta apabila yang menjadi matlamatnya semata-mata untuk memiliki sepenuhnya. Tetapi cinta itu ialah perkongsian di dalam kecenderungan dan kegemaran serta perasaan bahawa diri orang yang anda cintai itu tidak kurang pentingnya dari anda.


So sayang, andainya benar ko menayayangi aku dengan seikhlas hatimu, terimalah aku seadanya aku.. pun ko tau pasti itu kan, aku adalah seorang pencinta yang setia..

Tuesday, August 15, 2006

» Tempat Baru, Aku Tetap Aku «

Selepas kursus hari tuh, aku mintak cuti beberapa hari.. seperti di duga, aku dapat gak kat HQ actually, tapi, aku nak perubahan sikit .. aku mintak bertugas kat kawasan yang jauh sket heheh.. sket jer..

Aku pun baru jerk report duty kat kawasan baru nih.. masih dalam suasana nak kenal tempat dan rakan sekerja duluk.. belum serius amik tugas.. sibuk kemas pejabat dulu.. pejabat dah lama kosong, so, masak gak ler ngan debu2 hehe.. tau2 jer aku, mana leh wat keje kalau pejabat tak bebas debu..

nih antara gambar2 yang aku amik pada 1st week report..


nih.. kak niza.. penyambut tetamu paling bekeng aku rasa ekek..


nih.. rupa pejabat aku dari padangan pintu masuk.. nampak ler mcm kemas jerk.. ekeke.. aku belum amik fail kes lagik pun.. just review kes lama.. aku nak compare suasana nih ngan another 1 month nanti.. leh menten ker kemas gini ekekek..


nih pemandangan dari depan belah kiri..


nih.. pemadangan dari tempat duduk aku..


nih pun dari tempat duduk aku.. cuma, view sampai belakang ler nih..


pemandangan kat tepi.. nak tengok menten ker idak gitu jerk..


Haaa.. kalau ler aku leh menten cam gini ofis aku hehehe.. tapi, tadi jer aku dah amik dua timbun fail kes untuk dibereskan.. pun dah aku nampak dah penuh meja aku tuh.. lom lagik aku serius amik kes tuh.. alahai.. tengok jerk ler bulan depan mcm mana pemandangan tuh.. tuh pun kalau aku sempat ler nak klik2 gambar bagai..

Walaupun tempat baru, suasana baru, skop keje baru, aku tetap aku.. hehehe.. dah terbiasa ngan keadaan 6 kali makan sehari, aku teruskan gak kat sini muakakaka.. giler kuat makan aku dah larr nih.. ekekeke.. weyyyyyyy senaman jangan lufer!!

Itu jer ler dulu hehe.. bye n peaceee

Saturday, July 29, 2006

» Entry Akhir July «

Salam..

sebelum ini aku katakan kursus aku tuh mengambil masa 2 bulan, oleh kerana ada hal-hal yang tak dapat dielakkan, oleh jabatan, dan jabatan memerlukan tenaga kami secepat mungkin, maka, kursus dipendekkan menjadi 1 bulan sahaja.. syukur giler aku mendengar khabar itu.. tapi mau tau ler.. 2 bulan punya jadual pembelajaran digabung menjadi 1 bulan tuh, maka, ketat yaaa amat jadual kami.. bermula seawal 6.00 pagi, hingga 11.00 malam adalah rutin dan kadangkala, menjangkau sehingga ke jam 1.00 pagi.. hehehe.. sendiri mau ingat larr..

Hari ini, aku ada kesempatan sedikit untuk menjamah blog aku yang dah lama terbiar ini.. kalau before, aku cuma sempat skodeng apa yang patut, tapi kali ini, aku ada masa lebih sedikit untuk mencoretkan sesuatu.. actually.. banyak gambar2 yang aku ingin kongsi bersama di sini, tetapi, demi akta keselamatan negara, biarlah ianya menjadi rahsia.. aiseymen.. mcm siti pulak hehehe.. siti dah tak rahsia dah.. tapi, yang nih, tetap menjadi rahsia negara.. ahakss!!

Di sini.. aku nak kongsikan jugak sedikitttt jerk ler dari suasana sepanjang kursus berlangsung.. yang nih, gambar2 tak formal jer.. yang formal2 tuh, aku simpan jerk dalam folder aku.. siapa boleh hack pc aku.. siler ler kalau tembus hehe..


Inilah track dalam hutan yang belum di teroka yang terpaksa kami lalui semasa aktiviti jungle tracking selama 8jam non stop itu.. best gak ler walau penat yaaa ampunnnn..


Antara laluan anak sungai yang terpaksa dilintasi.. ada beberapa anak sungai air terjun yang lumayan curamnya terpaksa di lalui..


Antara laluan curam yang terpaksa dirempuhi.. keadaan agak sukar jugak kerana tanda arah banyak yang hilang kerana hujan lebat melanda seawal pagi itu..


Ini suasana semasa pengajian akta dan kuasa2 terbabit serta pelbagai taklimat yang di sampaikan kepada peserta kursus.. aku?.. biasalah duduk belakang supaya tak kantoi main sms dan tak kantoi kalau... hehehe.. nak idup katakan.. ahaksss!!


Inilah dianya, kalajengking yang hampir2 beramas mesra kat kaki aku semasa perbarisan balik dari kem perkhemahan modul bina semangat.. hehehe.. kussss semangat lah pulak tengok jengking kaler ijau nih.. besoo lak tuh.. tak sampai hati nak bunuh, aku sepak jer dia jauh2..


Aku tengok jer dorang dirikan khemah coz aku tak der khemah muahahhaa.. sia2 aku jadik penghulu kalau tak der special khemah untuk aku kah kah kah..


Suasana semangat jerk nih setelah 3 hari terdera kat dalam hutan tidur dalam khemah berselimut hujan dan embun.. dan yang paling sadis... no tandasss woooo..


Aku ada beberapa hari lagi untuk dihabiskan.. semoga segalanya ok.. perit dow berjauhan ngan keluarga lama-lama nih walaupun selalu jumpa hehehe.. banyak pengetahuan yang baru yang aku perolehi dalam kursus ini.. betapa bahayanya dunia reality di luar sana.. dan harapan anak bangsa kepada kami bukan sedikit.. pun begitu, terasa ngeri mengenangkan beban tugas yang akan dipikul setelah keluar kursus kelak.. apa2 pun.. kami sedia berkhidmat untuk kepentingan negara dan kesejahteraan negara seluruhnya.. doakan kejayaan kami..

amin..

sampai jumpa lagi..

Tuesday, July 04, 2006

» Sabah DiAnakTirikan? «

Mungkin kerana kemarin aku dah banyak tido, maka, malam nih, susah pulak aku nak tido.. lagipun, aku belum berkemas untuk lapor diri pagi nih ehehe.. so, dalam kebosanan itu, aku melayari jugak net ini.. mcm biasa, first site yang aku jenguk adalah kat forum dan banyak posting yang mengingatkan aku tentang negeri kelahiran aku iaitu Sabah..

Apabila membaca rasionalnya kenyataan itu di sini maka, aku ada tanggapan aku sendiri tentang kebenaran kenyataan itu.. yea lah.. pergolakan politik sabah yang lama, yang mana masih timbul akibat dari impak tersebut, makin terserlah sekarang dengan fenomena kebanjiran pendatang yang ber mykad dengan mudahnya.. isu yang panas juga sekarang ini.. bila mana negeri Sabah amnya diketahui paling ramai penduduk yang bukan beragama islam, maka, pendatang2 ini diberi keistimewaan kad pengenalan untuk mengundi demi mengimbangi jurang2 yang kurang itu.. impaknya? kan di rasai hingga hari ini..

Kenapa aku percaya Sabah dianak tiri?.. selain dari faktor sedikit di atas, nampaknya, negara lebih berminat untuk memberi liputan meluas terhadap perkembangan artis daripada mengkhabarkan apa2 berita dari negeri itu.. Pergolakan rumahtangga Erra Fazira n Yusri, begitu hanggat diperkatakan.. dan tak pernah sunyi dari kontrovesi penyanyi Mawi.. dan MELATOP (mcm kata velvet af4) kemarin apabila di katakan kununnya Mawi dah putus tunang.. tidak cukup dengan liputan dari akhbar perdana, masuk pi buletin utama pulak!!

Apabila satu dari daerah kecil Sabah mengalami kejadian ribut petir dan puting beliung hebat, mana berita yang mengatakan atau memperkatakan hal itu?.. kami anak2 Sabah yang terdampar di tanah Malaya ini, tidak tahu menahu akan perkembagan negeri itu apalagi mushibah atau apa2 hal pun yang berlaku di sana kalau tidak melalui perhubungan dengan saudara mara..

Antara gambar2 yang terdapat semasa kejadian ribut yang berlaku di kudat dan hanya di dapati melalui kawan2 yang share foto2 ini:







Dan aku percaya.. masih ramai jugak rakyat Malaysia khasnya dan rakyat Sabah amnya yang masih tidak tahu apa2 yang berlaku di situ.. Untung tidak mengorbankan sebarang nyawa.. andaikata sahaja ada korban yang terjadi, apakah ianya juga akan sesenyap itu? Persiapan untuk langkah berjaga-jaga langsung tidak ada!! Tak apalah.. mungkin nyawa rakyat Sabah memang tidak bernilai untuk di ambil perduli..